fbpx
Now Reading
“Dia Sendiri Tak Jaga Aurat” – Netizen Kecam & Gali Info Lelaki Cela Pemergian Adibah Noor

“Dia Sendiri Tak Jaga Aurat” – Netizen Kecam & Gali Info Lelaki Cela Pemergian Adibah Noor

Komposer yang juga bekas penyanyi VE, Damian Mikhail turut tidak terkecuali apabila menggesa agar individu ini tampil memohon maaf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita pemergian pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor yang meninggal dunia pada Sabtu malam, (18 Jun) ternyata mengejutkan penggiat seni malahan rakyat Malaysia sendiri.

Rata-rata meluahkan rasa berduka dan sedih di atas pemergian mengejut arwah akibat kanser ovari tahap 4 yang selama ini dirahsiakannya dari pengetahuan umum.

Baca artikel berkaitan : Penyanyi Terkenal, Adibah Noor Meninggal Dunia

Namun siapa sangka di sebalik kesedihan yang ditanggung keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Adibah Noor, masih ada segelintir individu yang tanpa rasa bersalah telah memberikan komen yang tidak sewajarnya.

Menerusi ruangan komen di laman Facebook Harian Metro, seorang pengguna telah memuat naik satu kenyataan yang langsung tidak masuk akal apabila membangkitkan tentang aurat arwah.

“Sampai ke akhir hayat tak tutup aurat. Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati. Menjawab lah dalam kubur.

“Nauzubillahiminzalik, moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab soalan di alam barzakh. Good luck,” komen pengguna Facebook yang menggunakan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan itu.

Selain darinya, seorang lagi pengguna turut melakukan perkara sama apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif terhadap arwah.

Dikecam hebat netizen

Meskipun tidak dapat dipastikan adakah kedua-duanya merupakan akaun tulen atau sekadar akaun palsu, komen yang dilontarkan mereka ini telah mencetuskan kemarahan netizen baik di Facebook mahupun di Twitter.

Mungkin kerana terlalu marah, beberapa pengguna kemudiannya mula menjejaki akaun salah satu akaun FB pemuda ini hingga akhirnya berjaya menjumpai fotonya yang tidak menutup aurat.

“Jangan terpaling acah menutup aurat”

Ramai yang kemudian mengecam perbuatan individu ini seolah-olah bercakap tanpa mencermin dirinya terlebih dahulu apabila dia turut berkongsikan fotonya yang tidak menutup aurat di media sosial.

Ada juga yang merasakan dia sepatunya berdoa dan bukannya meninggalkan komen berbaur celaan.

Malah ramai yang turut membongkar sisi gelap individu berkenaan dan mendakwa dia berkelakuan aneh apabila sengaja memuat naik foto seluar dipercayai miliknya di media sosial.

Damian mahu dia mohon maaf

Komposer yang juga bekas penyanyi VE, Damian Mikhail turut tidak terkecuali apabila menggesa agar individu ini tampil memohon maaf.

Dia yang tampil menerusi satu perkongsian di Instagram turut menegaskan tidak akan memadam posting tersebut sehinggalah pemuda berkenaan memohon maaf.

“Andai takde benda baik nak cakap, baik berdiam. Orang yang dah meninggal, lebih afdhal didoakan baik-baik untuknya.

“Kalau takde permohonan maaf terbuka daripada dia, aku tak turunkan posting ni. Harap maklum,” tulis Damian.

Menerusi carian kami, akaun pengguna FB berkenaan sudahpun dipadam sejak semalam. Namun akaun milik seorang lagi dari mereka masih lagi dilihat aktif di media sosial.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.