fbpx
Now Reading
Kaki Tersangkut Pada Pedal, Joe Biden Jatuh Basikal Di Hadapan Orang Ramai [Video]

Kaki Tersangkut Pada Pedal, Joe Biden Jatuh Basikal Di Hadapan Orang Ramai [Video]

Presiden AS itu terjatuh dari basikalnya ketika menghampiri orang ramai selepas berbasikal di Taman Negeri Gordon’s Pond di Pantai Rehoboth, Delaware.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, terjatuh ketika menaiki basikal berhampiran rumah pantainya di Delaware, pada sabtu lalu (18 Jun), namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan agensi akhbar CNN, tiada rawatan perubatan diperlukan Presiden AS itu, kata seorang pegawai White House dalam satu kenyataan kepada wartawan.

“Seperti yang Presiden katakan, kakinya tersangkut pada pedal semasa ingin turun dan beliau dalam keadaan baik saja.

“Presiden tidak sabar untuk menghabiskan sepanjang hari bersama keluarganya,” katanya lagi.

Dalam satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan Biden terjatuh ketika beliau selesai mengayuh basikal bersama isterinya Jill Biden di depan khalayak ramai.

Biden menyimpang keluar dari kumpulan berbasikal yang lain kerana beliau ingin menuju ke arah orang ramai yang berkumpul berdekatan. Namun ketika berhenti, kakinya tersangkut pada pedal semasa beliau ingin turun dari basikal tersebut.

“Kaki saya tersangkut pada pedal pengayuh, saya baik-baik saja,” kata Biden yang memberitahu wartawan.

Ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia AS dengan pantas membantu Presiden bangun selepas beliau terjatuh.

Orang ramai bertepuk tangan sebaik melihat Presiden yang berusia 80 tahun itu bangun semula.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.