
“Siapa Dia Ni?” – Siti Kasim Bengang PU Riz Minta Orang Ramai Tutup Aurat Arwah Adibah Noor
Siti Kassim menerusi satu ciapan di Twitter merasakan PU Riz tidak sepatutnya mencampuri urusan orang lain sebaliknya menjaga ‘tepi kainnya’ sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemergian pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor yang meninggal dunia pada Sabtu malam, (18 Jun) ternyata mengejutkan industri hiburan tanah air.
Bukan sahaja penggiat seni, malahan rata-rata netizen turut meluahkan rasa duka di atas pemergian mengejutkan Allahyarham akibat kanser ovari tahap 4 yang selama ini dirahsiakannya dari pengetahuan umum.
Di media sosial, ramai dilihat tampil mengucapkan takziah dan mendoakan arwah sambil memuat naik fotonya sebagai tanda penghormatan terakhir.
Sehubungan itu, pendakwah bebas dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau lebih kenali dengan panggilan PU Riz tampil menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik foto arwah yang menampakkan auratnya.
Suami kepada Neelofa itu turut berkongsi dalil yang menguatkan nasihatnya agar orang ramai tidak menyebarkan foto-foto tersebut sebaliknya cukup sekadar menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah.

“Dia rasa dia sudah ada tempat di syurga?”
Teguran itu bagaimanapun tidak disenangi oleh peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kassim.
Dia yang tampil menerusi satu ciapan di Twitter merasakan PU Riz tidak sepatutnya mencampuri urusan orang lain sebaliknya menjaga ‘tepi kainnya’ sendiri.
“Siapa dia Mof* ni? Dia sepatutnya berfikir tentang urusan dia sendiri dan menutup mulut. Adakah dia rasa dia sudah mendapat tempat di syurga?” ciap Siti Kassim.
Who is this MOFO? He should mind his own business and shut the f**k up! Does he think he already has a place in heaven? FO! 🤮 pic.twitter.com/vN3Q3F7Odz
— Siti Kasim (@sitikasim) June 19, 2022
Ciapan aktivis itu kemudiannya telah menerima pelbagai respon dari netizen. Ada yang bersetuju dengan pendapatnya dan ada juga segelintir yang merasakan perbuatan PU Riz adalah bertepatan dengan ajaran Islam.
Dia remind benda yang baik


