fbpx
Now Reading
Mahkamah Di Jepun Putuskan Larangan Kahwin Sejenis Adalah Mengikut Perlembagaan

Mahkamah Di Jepun Putuskan Larangan Kahwin Sejenis Adalah Mengikut Perlembagaan

Keputusan ini menjadikan Jepun sebagai negara pertama di kalangan kumpulan G7 yang melarang perkahwinan sejenis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Osaka memutuskan larangan Jepun terhadap perkahwinan sejenis itu tidak melanggar perlembagaan, semalam (20 Jun).

Menurut laporan agensi akhbar BBC News, pentakrifan sebenar perkahwinan dalam perlembagaan Jepun adalah sebagai penyatuan dua jantina.

Keputusan ini menjadikan Jepun sebagai negara pertama di kalangan kumpulan G7 yang melarang perkahwinan sejenis.

Tiga pasangan sejenis sebelum ini memfailkan kes itu di Mahkamah Osaka, yang pertama dibicarakan di daerah itu dan kedua di seluruh Jepun.

Selain menolak dakwaan mereka bahawa larangan berkahwin sejenis adalah melanggar perlembagaan Jepun, mahkamah turut mengetepikan tuntutan pampasan 1 juta yen yang difailkan setiap pasangan yang mendakwa mereka telah mengalami “diskriminasi yang tidak adil” selepas dilarang berkahwin.

Menjadi tamparan hebat buat penyokong homoseksual

Keputusan mahkamah itu dilihat menjadi tamparan hebat buat penyokong homoseksual serta telah melenyapkan harapan pasangan sejenis yang mahu memberi tekanan ke atas kerajaan Jepun agar dapat menyelesaikan isu ini.

Kini, pasangan sejenis tidak boleh berkahwin secara sah serta tidak boleh mewarisi harta pusaka pasangan atau menikmati hak ibu bapa ke atas anak pasangan mereka mengikut undang-undang semasa.

Walaupun sijil perkongsian yang diberikan oleh sesetengah bandar di Jepun dapat membantu pasangan sejenis dalam menyewa rumah bersama dan mempunyai keistimewaan yang lain, namun mereka tetap tidak diberikan perlindungan undang-undang yang sama seperti pasangan heteroseksual.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.