Saiz Kecil Kereta Kancil Buat Mat Salleh Ini Sering Tertipu Terutama Ketika Di Ruangan Parkir

Kenderaan jenis Perodua Kancil merupakan sebuah kereta tempatan yang bersaiz kecil serta comel tatkala melihatnya meluncur di jalan raya.

Namun, dalam kecomelannya itu tidak dinafikan ramai yang sering terpedaya terutama di saat sedang gigih mencari tapak parkir yang kosong untuk meletakkan kenderaan.

Mat Salleh kongsi kisah terpedaya dengan kereta Kancil

Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada rakyat Malaysia, malah ia turut diakui oleh salah seorang mat salleh, yang dikenali sebagai Andrew apabila dia juga berkongsi kisahnya yang turut terpedaya dengan kenderaan tersebut.

Kisah tersebut telah dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran di LinkedIn yang memaklumkan dia sering tertipu dengan kenderaan semasa sedang mencari tapak parkir yang kosong, terutama di pusat membeli belah seperti One Utama atau Mid Valley.

“Saya tidak suka untuk katakan ini”

“Rakyat Malaysia, saya tidak suka mengatakan perkara ini… Tetapi saya telah mula tidak menyukai salah satu daripada kenderaan anda. Perodua Kancil.

“Sudah banyak kali ketika saya menghabiskan 15 hingga 20 minit untuk mencari tempat parkir kosong di pusat beli belah di mana saya akan memecut dengan segera untuk ke kotak parkir yang kosong sebelum ia diambil oleh orang lain.

“Namun, apabila sampai ke ruangan yang dituju. Rupa-rupanya terdapat sebuah kenderaan Perodua Kancil diletakkan dengan elok di situ.

“Saya rasa ia direka hanya untuk menyeksa psikologi,” gurau Andrew dalam hantarannya itu.

Foto: LinkedIn Andrew Martin

Rata-rata netizen memahami apa yang dirasai olehnya kerana pernah mengalami pengalaman yang sama

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata mereka turut bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Andrew.

Malah di ruangan komennya, ada yang turut menyatakan mereka memahami apa yang dirasai oleh lelaki tersebut.

“Saya alami perkara yang sama”

“Saya gelar mereka kereta mainan”

“Saya perlu mengaku, saya mempunyai Kancil dan saya lakukan perkara tersebut atas beberapa tujuan”

“Kereta pertama saya belajar sebelum mempunyai lesen memandu”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

21 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago