fbpx
Now Reading
“Betul Apa PU Riz Nasihat” – Dr Izhar Ariff Doakan Siti Kasim Dapat Hidayah Allah

“Betul Apa PU Riz Nasihat” – Dr Izhar Ariff Doakan Siti Kasim Dapat Hidayah Allah

Menurut Dr Izhar, nasihat PU Riz adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini nama peguam, Siti Kasim menjadi topik hangat netizen apabila dia menempelak tindakan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz yang menasihatkan orang ramai agar berhenti dari berkongsi foto arwah Adibah Noor yang menampakkan auratnya.

Siti Kasim menerusi satu ciapan di Twitter berpendapat PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tidak sepatutnya mencampuri urusan orang lain sebaliknya menjaga ‘tepi kainnya’ sendiri.

Baca artikel berkaitan : “Siapa Dia Ni?” – Siti Kasim Bengang PU Riz Minta Orang Ramai Tutup Aurat Arwah Adibah Noo

Meskipun mendapat sokongan dari pengikut di akaun Twitter miliknya, pendapat yang dilontarkan aktivis berkenaan bagaimanapun tidak dipersetujui rata-rata pengguna media sosial lain khususnya orang Islam.

Perkara sama turut disuarakan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang menegaskan perbuatan PU Riz adalah mengikut saranan agama.

Semua bakal mati justeru perlukan doa orang ramai

Dia turut menasihatkan Siti Kasim bahawa semua manusia bakal dijemput Ilahi suatu hari nanti justeru amat memerlukan doa orang ramai.

“Betul lah tu apa yg PU Riz nasihat sebab Islam suruh kita jaga aib arwah. Kenapa la akak ni marah-marah, nanti cepat tua.

“Ingat kak (Siti Kasim), suatu hari nanti kita akan mati. Masa tu kita akan perlukan doa orang ramai,” kata Dr Izhar.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut mendoakan agar Siti Kasim menerima hidayah Allah suatu hari nanti.

“Saya akan selalu doakan agar akak dapat hidayah,” luahnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.