Lelaki Tuntut Cerai & Saman Kawan Baik Sebanyak RM787K Kerana Curang Dengan Isterinya
Kerana kecewa kerana isteri curang, seorang suami telah bertindak untuk menuntut penceraian dan menyaman kawan baik RM787,951.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gara-gara kecewa selepas mengetahui isteri berlaku curang dengan kawan baik sendiri, seorang suami telah menuntut cerai dan menyaman rakannya itu sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951).
Menerusi laporan Wolipop, lelaki yang bernama Li dan Shi pada awalnya merupakan rakan sekerja yang bekerja dalam pasukan polis New Taipei City.
Disebabkan merasa diri sebaya, kedua-dua mereka saling bantu membantu antara satu lain sehingga mempunyai sebuah hubungan yang rapat seperti adik beradik.
Selalu datang rumah untuk berbual, makan dan minum
Difahamkan selepas Li berkahwin dia sering mengajak Shi untuk berkunjung ker rumahnya untuk makan, minum dan berbual-bual sehingga membuatkan Shi menjadi rapat dengan isteri Li.
Namun, tanpa disangka disebabkan sering berjumpa Shi dan isteri Li mula suka antara satu sama lain. Malah, bukan sahaja suka mereka turut saling berkongsi cerita berkenaan kehidupan peribadi sehingga menjalinkan hubungan di belakang Li.
Rasa bersalah buat isteri cerita perkara sebenar
Disebabkan dihimpit rasa bersalah, isteri Li kemudian mengambil keputusan untuk mengaku kepada suaminya berkenaan hubungan sulitnya itu.
Selepas mendengar pengakuan isterinya itu, dia yang kecewa dan sangat marah tidak mahu memaafkan kesilapan isteri dan kawan baiknya, Li sebaliknya memfailkan cerai terhadap isterinya itu.
Rasa terluka hingga membuatkan Li tuntut bayar RM787,951
Malah, turut merasakan dirinya telah terlalu terluka dengan tindakan isteri dan kawan baiknya. Perbuatan itu turut memberi kesan kepada anak kecilnya, hingga menyebabkan dia menuntut Shi membayar 1.2 juta (RM787,951).
Ketika perbicaraan Shi mengaku akan perbuatannya dan telah meminta maaf serta turut meminta agar pampasan itu dikurangkan kepada 200 ribu yuan (RM131,258.27).
Mahkamah kurangkan pembayaran RM393,961
Mahkamah akhirnya memutuskan untuk Shi membayar sebanyak 600 ribu yuan (RM393,961), kerana Shi telah bertindak melampaui batas dengan merosakkan hubungan Li sehingga menyebabkan mudarat kepada banyak pihak.