
Wanita Alami Trauma, Kepala Bayi Dipenggal & Ditinggalkan Di Dalam Rahim
Wanita itu terpaksa dibedah untuk mengeluarkan mayat bayi yang terperangkap dalam rahimnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gara-gara kecuaian seorang kakitangan perubatan, seorang wanita di Pakistan mengalami trauma apabila kepala bayinya dipenggal secara tidak sengaja dan kemudian ditinggalkan di dalam rahimnya.
Menerusi laporan NDTV, insiden tersebut yang berlaku di bandar Wilayah Sindh pada Ahad lepas (19 Jun) nyaris membuatkan wanita berusia 32 tahun itu maut.
Tiada pakar sakit puan & kakitangan tidak berpengalaman
“Wanita yang berasal dari sebuah perkampungan yang jauh dari daerah Tharparkar itu pada awalnya telah pergi ke Pusat Kesihatan Luar Bandar (RHC) di kawasan berdekatan rumahnya.
“Namun, apabila sampai tiada pakar sakit puan wanita, dan kakitangan yang tidak berpengalaman telah menyebabkan wanita tersebut mengalami trauma yang teramat sangat,” jelas Profesor Raheel Sikander, Ketua Unit Ginekologi Universiti Sains Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS) di Jamshoro.
Potong kepala bayi dan tinggal dalam rahim
Menurut beliau, kakitangan RHC telah memotong kepala bayi tersebut di dalam rahim wanita berkenaan dan telah bertindak meninggalkannya di dalam badannya.
Ketika wanita itu berhadapan dengan situasi kritikal, dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan di Mithi, namun tiada kemudahan untuk merawatnya.
Akhirnya dia dibawa oleh keluarganya ke LUMHS dan untuk menyelamatkan nyawa wanita itu, keseluruhan mayat bayi yang baru lahir itu dikeluarkan dari rahimnya.
Rahim pecah kerana kepala bayi terperangkap
Sikander berkata, akibat kepala bayi tersebut terperangkap di dalam, rahim ibunya telah pecah dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kepala bayi itu demi nyawa menyelamatkan ibunya.
Arah kes disiasat & kenal pasti punca
Susulan dari insiden tersebut, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahato telah mengarahkan agar satu siasatan dijalankan.
Tambahnya, jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti punca kes ini berlaku, khususnya berhubung ketiadaan pakar sakit puan dan kakitangan wanita di RHC di Chachro.
Wanita trauma video dan gambar di ambil dan disebarkan dalam ‘group’ Whatsapp
Jawatankuasa siasatan turut akan meneliti laporan berhubung video yang diambil sehingga menyebabkan wanita itu mengalami trauma.
“Terdapat beberapa kakitangan kesihatan telah mengambil gambarnya dengan menggunakan telefon bimbit di wad ginekologi dan telah berkongsi gambar tersebut dalam ‘group’ Whatsapp yang berbeza,” jelas Juman.