Mat Salleh Dakwa Boleh Bertutur Pelbagai Bahasa, Sekali ‘Surrender’ Dengan Wanita Kecek Kelate [Video]

Tidak dapat dinafikan, mereka yang mampu menguasai beberapa bahasa asing sebenarnya amat beruntung.

Bukan sahaja peluang mendapat pekerjaan lebih cerah, malah urusan anda sekiranya mengembara ke luar negara juga lebih lancar apabila dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Namun buat seorang lelaki dari Holland, Wouter Corduwener dia menggunakan kemahiran yang dimilikinya untuk menghasilkan konten di media sosial hingga berjaya mengumpulkan ratusan ribu pengikut di YouTube dan Facebook.

Lelaki polyglot yang mampu bertutur 29 bahasa termasuk Sepanyol, Perancis, Arab, Korea ini kerap berkongsi video di mana dia akan berbual dengan orang ramai di sekitar Holland yang ditemuinya menggunakan bahasa ibunda mereka.

Di dalam video-video itu, dia juga mengadakan cabaran ‘Win €20’ di mana dia akan mempertaruhkan wang sagu hati sebanyak €20 sekiranya gagal memahami bahasa yang digunakan pelancong.

Angkat bendera putih selepas gagal faham dialek Kelantan

Namun siapa menyangka, Wouter yang mempunyai kelebihan ini akhirnya mengangkat bendera putih selepas bertemu seorang wanita dari Malaysia.

Menerusi satu video yang tular di media sosial. Wouter yang berbual dengan beberapa pelancong di Amsterdam kemudiannya telah terjumpa dengan wanita tersebut.

Seolah-olah sudah mengerti dengan cabaran yang akan dimainkan, dia kemudiannya terus menyahut challenge dari Wouter dengan menggunakan dialek Kelantan.

Demo kecek kelate?

Dialek tersebut membuatkan Wouter yang mahir berbahasa Indonesia tercengang dan sedikit keliru.

Dia akhirnya menyerah kalah dan mengatakan dia tidak memahami bahasa Melayu yang dituturkan wanita itu dengan baik.

“Kamu bercakap bahasa Melayu. Saya memahaminya tapi tidak pandai menuturkannya. Jadi kamu dapat €20,” katanya kepada wanita berkenaan dengan menggunakan bahasa Indonesia.

[Video penuh]

Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang begitu terhibur dengan aksi bijak wanita itu.

Namun di dalam video sama, Wouter juga kehilangan lebih dari €20 apabila menyerah kalah dengan beberapa pelancong antaranya pelancong dari Wales.

“Gil* melayang €20 macam tu je”

Dia pergi kecek Kelate terusa

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

6 mins ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

13 mins ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

20 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 hour ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 hour ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

1 hour ago