fbpx
Netizen nasihat individu untuk tinggalkan kekasih penagih dadah

Netizen Nasihat Individu Tinggalkan Kekasih Penagih Dadah Untuk Masa Depan

Rata-rata netizen menasihatkan individu tersebut untuk meninggalkan kekasihnya penagih dadah dan menyifatkan mereka mulut manis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah orang yang bercinta, pada awalnya memang semua indah, yang buruk tetap dipandang cantik.

Malah, ada yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan kekasih yang disayangi tidak meninggalkan dirinya termasuklah menyeksa diri sendiri.

Bila sudah serik barulah tersedar dari lamunan indah yang sebenarnya percintaan yang dijalani itu telah menjerat diri sendiri.

Tanya pengikut jika ada yang pernah bercinta dengan penagih dadah

Menerusi laman Instagram pengacara terkenal, Fedtri Yahya telah memuat naik satu hantaran yang bertanyakan kepada pengikutnya jika ada yang mempunyai pengalaman bercinta bersama penagih dadah.

Ianya selepas beliau menerima satu mesej oleh seorang individu yang mahu mendapatkan nasihat mengenai hubungannya.

“Saya perlukan nasihat”

“Assalamualaikum, saya perlu nasihat berkenaan hubungan percintaan dengan penagih dadah. Dia kata nak berhenti dan saya nak tolong dia, tapi saya tak pasti macam mana.

“Atau saya patut tinggalkan je dia? Terima kasih saya sangat perlukan jawapan,” kata individu tersebut.

Netizen nasihat tinggalkan saja pasangan tu

Berdasarkan hantaran tersebut, pelbagai nasihat dan reaksi telah diberikan oleh warganet yang rata-ratanya menasihatkan agar individu tersebut untuk meninggalkan sahaja pasangannya itu.

Ada yang berpendapat penagih dadah ini mulut sahaja manis, tetapi janji hanya tinggal janji dan meminta individu tersebut untuk mengambil iktibar daripada kes-kes yang banyak dilaporkan kerana dadah.

Pada pendapat penulis pula, sebelum fikirkan orang lain adalah lebih baik untuk memikirkan masa depan sendiri dan ada banyak cara untuk bantu mereka yang menagih dadah ini, tidak semestinya perlu mempunyai satu hubungan yang istimewa.

‘Tinggalkan dia, pengalaman kawan sekolah nak sedarkan suami dengan dia sekali hanyut’

‘Tinggalkan dia jangan ambil risiko’

‘Tolong sayangi diri sendiri’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.