fbpx
Now Reading
Angkara Jiran Bakar Arang Batu, Wanita Ini Terpaksa Tidur Pakai Gas Mask

Angkara Jiran Bakar Arang Batu, Wanita Ini Terpaksa Tidur Pakai Gas Mask

Svetlana Cohen terpaksa tidur menggunakan gas mask kerana asap arang batu yang keluar dari cerobong asap itu menganggu pernafasannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di New Zealand mendakwa dia perlu memakai topeng muka gas pada waktu malam sewaktu tidur.

Menurut laporan Metro yang memetik Stuff, hal Ini kerana dia menghadapi masalah bernafas memandangkan jirannya itu sering membakar arang batu pada waktu malam.

Pada tahun lalu, Svetlana dan suaminya Brian Cohen berpindah ke Westport dari Invercargill dan mula tinggal di dalam karavan di satu tapak di mana mereka merancang untuk membina rumah impian mereka.

Namun, impian mereka untuk membina teratak indah itu musnah apabila mempunyai jiran yang sering membakar arang batu di kawasan itu.

Pekan kecil itu umpama ruang dipenuhi gas beracun

“Pekan kecil ini ibarat ruang yang dipenuhi gas kerana setiap kali keluar kami akan menghidu gas beracun itu.”

Svetlana Cohen

Bagi melindungi kesihatan isterinya, Cohen pernah menulis mesej meminta jirannya agar berhenti membakar arang batu.

Malangnya selepas dua hari, jirannya kembali membakar bahan berkenaan menyebabkan mereka rasa begitu kecewa.

Pasangan itu juga sudah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi kesihatan namun belum menerima sebarang maklum balas lagi.

Kredit gambar: The Sydney Morning Herald

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.