fbpx
Now Reading
‘Berehatlah Mak, Allah Lebih Menyayangimu..’ – Ibu DJ Lin Meninggal Dunia

‘Berehatlah Mak, Allah Lebih Menyayangimu..’ – Ibu DJ Lin Meninggal Dunia

Menurut DJ Lin, arwah ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu penyampai radio Suria FM, DJ Lin, iaitu Puteh Jantan, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang di kediamannya pada jam 4.50 pagi ini (24 Jun).

Berita duka tersebut dikongsikan sendiri oleh DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut DJ Lin, arwah ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, DJ Lin ingin memaklumkan bahawa ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh bt Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ini (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat.

“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ameen Ya Rabbal Alamin,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Difahamkan beliau mendapat perkhabaran tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari rumah ibunya. Sehubungan itu beliau terpaksa berpatah semula ke Johor Bahru.

Menerusi perkongsian sama, DJ Lin atau anak sebenarnya Roslinda Abd Majid turut meluahkan rasa sedihnya dengan apa yang terjadi.

“Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak-anak mak. Berehatlah mak, puas mak menanggung kesakitan.

“Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu, mak. Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah,” tulis beliau lagi.

Terdahulu pada 10 Jun lalu, ibu DJ Lin telah dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat kesihatannya yang semakin merosot.

DJ Lin yang dihubungi berakta, keadaan ibunya semakin terjejas apabila tangan dan kaki kiri ibunya membengkak dan meninggalkan kesan lebam yang teruk.

Kami di BuzzKini mengucapkan takziah kepada DJ Lin sekeluarga di atas pemergian ibunda tercinta.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.