fbpx

Dah Macam Manusia, Video Orang Utan Hisap Rokok Cetus Kemarahan

Menurut pihak zoo, orang utan itu tidak dihulurkan rokok oleh pengunjung di situ, tetapi ia mengutipnya selepas salah seorang pengunjung yang tidak bertanggungjawap membuangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu video menunjukkan aksi seekor orang utan sedang menghisap rokok di sebuah zoo di Vietnam tular di media sosial.

Menurut laporan Kosmo yang memetik Daily Star, video tersebut yang memperlihatkan orang utan jantan yang sedang duduk di atas lantai sambil memegang rokok di celahan jarinya seakan perilaku manusia itu dirakam di Zoo Saigon, Ho Chi Minh.

Haiwan itu kemudian memerhati orang ramai di sekelilingnya sebelum ia menghisap rokok dan kemudiannya memadamkan bara rokok itu pada permukaan batu.

Spesis beruk yang berasal dari Borneo itu kemudiannya melihat puntung rokok berkenaan untuk memastikan ia dipadamkan dengan betul.

Menurut pihak zoo, orang utan itu tidak dihulurkan rokok oleh pengunjung di situ, tetapi ia mengutipnya selepas salah seorang pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang puntung rokok tersebut.

“Pengunjung zoo terutamanya orang tempatan tidak mempedulikan arahan agar tidak membaling apa-apa jenis sampah atau makanan ke dalam kandang orang utan.

“Orang ramai sering membuang benda ke dalam sangkar haiwan dan orang utan belajar cara menggunakan objek ini dengan melihat cara manusia menggunakannya,” ujar jurucakap zoo tersebut.

Menurutnya lagi, kakitangan keselamatan zoo tidak mempunyai keupayaan untuk mengawasi tindakan pengunjung pada setiap masa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.