Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Umum pasti mengetahui Skuad Harimau Malaya akhirnya berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 pada 14 Jun lalu.
Kejayaan skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon itu sekaligus berjaya memperbaiki ranking Malaysia di Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Dari 154 ke 147 dunia
Terbaharu, ranking yang dikeluarkan FIFA menunjukkan Malaysia berjaya melonjak tujuh anak tangga dan kini ke-147 dunia berbanding 154 pada Mac selepas berjaya mengumpulkan 1,035.06 mata.
Lebih manis apabila kejayaan tersebut turut dikongsikan FIFA di laman media sosial mereka di mana Malaysia disenaraikan sebagai empat pasukan yang paling menunjukkan peningkatan (The Biggest Climbers) di dunia.
Menerusi infografik tersebut, Kazakhstan menunjukkan peningkatan tertinggi dengan 11 anak tangga diikuti Cuba (10) dan Greece, 7 anak tangga.