
Pakai Baju Pengantin, Wanita hadir Ganggu Majlis Kahwin Bekas Kekasih
Rasa kecewa dan marah telah membuatkan wanita berkenaan datang dan menganggu majlis perkahwinan bekas kekasih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gara-gara berang dan kecewa cinta tidak kesampaian, seorang wanita telah membuat majlis perkahwinan bekas kekasihnya menjadi huru hara apabila dia hadir ke majlis itu dengan memakai baju pengantin.
Sebelum insiden di bandar Baoji dalam Wilayah Shaanxi, China berlaku, pengantin lelaki yang bernama Zhang telah tiba di lokasi majlis lebih awal untuk membantu menyusun kerusi meja serta dekorasi, lapor Kosmo.
Ramai tetamu hadir & ucap tahniah
Kemudian, tetamu mula datang berkunjung serta mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
Akan tetapi, semasa acara sedang berlangsung, tetamu telah dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang tampil lengkap berbaju pengantin.
Berdiri dari jauh dengan riak wajah dan menjerit
Lebih memeranjatkan lagi apabila wanita itu berdiri dari jauh dan memandang pengantin lelaki dengan riak wajah yang marah dan kecewa sebelum bertindak menjerit sambil disaksikan orang ramai.
“Saya berada di sini hari ini, jadi perkahwinan ini tidak boleh berlangsung,” teriak wanita itu.
Pernah jalin cinta tapi tidak direstui keluarga
Difahamkan, dia dan Zhang telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum akhirnya berpisah gara-gara keluarga mereka gagal mencapai kata sepakat dalam menyatukan mereka.
Zhang kemudian dikatakan mula menyulam cinta dengan pengantin perempuan dan memutuskan hubungan dengan kekasih lamanya.
Kerana marah wanita bertindak untuk menganggu majlis
Akibat rasa marah serta kecewa dengan Zhang, bekas wanitanya itu telah bertindak untuk menganggu majlis perkhawinan tersebut dengan kehadirannya.
Walau bagaimanapun, tidak dapat diketahui sama ada majlis perkahwinan Zhang dan bakal isterinya itu diteruskan atau pun tidak.