Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Di dalam mencari ilmu tiada istilah terlambat, jika ada kemahuan pasti ada jalan untuk anda mengejar apa yang dimahukan. Namun, tidak dinafikan dalam mengejar ilmu kita sebenarnya memerlukan semangat yang kuat untuk meneruskan pemberlajaran.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @itsaizajustmint telah memuat naik satu video yang memaparkan kegigihan seorang nenek yang berusaha untuk belajar mengeja dengannya.
Tak putus asa dan bertanya jika keliru
Meskipun ada perkataan yang membuatkan dirinya keliru namun dia tetap berusaha dan bertanya untuk mendapatkan penjelasan agar tidak melakukan kesilapan.
Menurut @itsaizajustmint atau dikenali sebagai Jasmin, neneknya itu terpaksa berhenti sekolah di usia yang muda. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk merakamkan proses pembelajaran neneknya yang begitu cintakan ilmu.
Malah neneknya itu juga kelihatan tekad terutama apabila ada sesorang yang mengajarnya dan jika diberikan peluang dia mahu untuk kembali ke sekolah seperti kanak-kanak lain di masa dahulu.
Meninjau diruangan komen rata-rata netizen tersentuh melihat kegigihan nenek itu dan tidak kurang juga ada yang terkenangkan nenek mereka tatkala melihat video tersebut.
‘Comelnya’
‘Semoga Allah merahmati awak dan juga nenek’
‘pasti susah untuk dia kerana ejaan zaman dulu dan sekarang lain sangat’
‘Malunya, kita yang muda ni pun kadang rasa malas nak belajar’