fbpx
Now Reading
Gara-Gara Masukkan Rantai, Kemaluan Lelaki Ini Terpaksa Dibelah Dua
Kemaluan lelaki terpaksa dibelah dua selepas masukkan rantai manik

Gara-Gara Masukkan Rantai, Kemaluan Lelaki Ini Terpaksa Dibelah Dua

Akibat mahu mencuba melakukan aktiviti seksual, kemaluan lelaki terpaksa dibelah dua selepas rantai manik yang dimasukkan tidak dapat dikeluarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Taipei, Taiwan, melalui detik cemas apabila kemaluannya terpaksa dibelah dua oleh doktor selepas seutas rantai manik logam tersangkut di dalamnya.

Menerusi laporan Daily Star, akibat rasa sakit mangsa kemudian telah pergi ke hospital dan menyifatkan sakit yang dialami di bahagian kemaluan itu seperti terkena renjatan elektrik.

Buat sebab nak capai tahap orgasme

Doktor perubatan di Hospital Perubatan Univerisiti Shuang-Ho di Taipei melaporkan pesakit yang bernama Randy berusia 30-an melakukan perkara itu untuk mencapai tahap orgasma dengan memasukkan rantai tersebut ke dalam uretranya.

Selepas puas dengan perkara itu, lelaki tersebut tertidur dan kemudiannya bangun dalam keadaan rasa sakit yang perit.

Manik rantai tertanam dalam zakar dan tak dapat dikeluarkan

Manik rantai itu telah tertanam di dalam kemaluan dan Randy tidak dapat mengeluarkan rantai kerana takut akan mencederakan dirinya lagi. Malah perkara itu membuatkan dirinya tidak boleh pergi ke tandas.

Akibat bimbang dengan perkara itu, dia kemudian berjumpa dengan doktor pada 26 Mei lalu untuk menyelamatkannya daripada masalah tersebut.

Uretra boleh rosak jika lelaki ini cuba tarik keluar rantai

Pakar urologi Gao Weichang yang merawat Randy turut memaklumkan bahawa seluruh uretra lelaki itu mungkin rosak jika dia cuba untuk menariknya keluar.

“Pesakit tidak tahu bagaimana untuk menanggalkan rantai di rumah. Dia sudah cedera serta rantai itu tersekat dan mungkin berdepan dengan risiko seluruh uretranya rosak jika dia cuba menariknya keluar,” katanya.

Boleh tergelincir sendiri tetapi salur kencing sudah mengetat kerana tegang

Tambah doktor itu lagi, kebiasaanya rantai itu akan tergelincir semula tetapi salur kencing lelaki tersebut telah ketat kerana menegang dan membuatkan ia tidak boleh turun dengan sendirinya.

Menurut Dr Gao lelaki itu mengalami ketidakselesaan yang teruk dan manik-manik rantai itu telah menyebabkan sarafnya menjadi sensitif sehingga ia sakit seperti terkena renjatan elektrik.

Pakar bedah terpaksa memotong kemaluan untuk keluarkan rantai

Oleh itu, pakar bedah terpaksa untuk membelah kemaluannya untuk mengeluarkan semula rantai itu serta membina semula uretranya dan ia merupakan satu prosedur yang sukar namun ia berjaya.

Sementara itu, Dr Gao turut menasihati orang ramai untuk mengkaji terlebih dahalu sesuatu perkara yang ingin dilakukan sebelum bertindak untuk menusuk objek asing ke dalam dubur atau uretra semasa melakukan hubungan seksual.

“Pesakit ini telah melakukan kesilapan, namun dia bernasib baik kerana tidak berlaku kerosakan yang serius.

“Memasukkan sesuatu yang tidak betul ke dalam alat kelamin boleh mengakibatkan kerosakan usus yang memerlukan sesorang itu perlu menjalani pembedahan kecemasan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.