fbpx
Now Reading
“Menghayati Betul”- Netizen Terhibur Lihat Keletah Comel Adik Ini Berselawat [Video]
Gaya baca selawat macam sedang nyanyi lagu rock, netizen terhibur lihat kanak kanak ini

“Menghayati Betul”- Netizen Terhibur Lihat Keletah Comel Adik Ini Berselawat [Video]

Gayanya yang bersahaja sambil membacakan selawat itu kelihatan seperti sedang menyanyi lagu rock, sekaligus membuatkan netizen terhibur dengan keletahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannnya sekolah akan mengadakan perhimpunan sebelum sesi pembelajaran dimulakan.

Sewaktu sesi ini, guru akan mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada pelajar maklumat penting serta ada juga yang membaca ayat lazim, yaasin serta selawat sebelum murid bersurai ke kelas masing-masing.

Berselawat dengan penuh asyik

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak sekolah rendah yang sedang berselawat dengan begitu asyik sekali.

Malah, video itu turut menarik perhatian warganet yang terhibur melihat keletahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @azura@juare, kelihatan para pelajar sedang berkumpul di tapak perhimpunan sambil mengikut membaca selawat yang dipasang di sekolah berkenaan.

Gaya berselawat seperti sedang nyanyi lagu rock

Apa yang menarik perhatian adalah aksi seorang pelajar yang begitu menghayati selawat dan membacanya dengan penuh semangat.

Namun, gaya lentok kepala dan kakinya di saat membaca selawat itu seolah-olah sedang menyanyikan lagu rock.

Menurut azura di ruang komen, dia memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut adalah anaknya dan dia telah meminta video tersebut dari guru.

Netizen terhibur tengok gelagat kanak-kanak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu dan ada yang berseloroh dengan mengatakan dia mahu menunjuk kepada rakan bahawa dia hafal selawat itu.

Ada juga yang memuji pelajar itu kerana begitu menghayati dan tidak kurang juga ada yang mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh.

“Bagusnya anak awak, semoga jadi anak yang soleh”

“Kaki tu main peranan”

“Comelnya budak ni”

“Semangat sungguh”

Setakat ini video ini telah meraih sebanyak 1.7 milion tontonan, 173.9 ribu tanda suka, 5,423 komen serta 6,808 perkongsian di TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.