fbpx
Now Reading
“Tinggi Adab Adik Ni” – Pelajar Dipuji Beri Tunduk Hormat Kepada Kereta Kerana Beri Laluan [Video]

“Tinggi Adab Adik Ni” – Pelajar Dipuji Beri Tunduk Hormat Kepada Kereta Kerana Beri Laluan [Video]

Ramai yang menzahirkan rasa bangga dengan adab murni yang ditunjukkannya dan merasakan ia patut dicontohi golongan muda dan pelajar sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Jepun cukup terkenal dengan adab tinggi dan kesantunan mereka terhadap orang lain.

Bukan sahaja di rumah, sekolah, atau pejabat, malah mereka akan mengekalkan kesantunan peribadi yang tinggi itu ke mana-mana jua mereka pergi, termasuklah di jalan raya.

Ini dapat dilihat menerusi budaya melakukan tunduk hormat atau ‘Ojigi’ yang sering dilakukan para pelajar sebaik mereka diberikan laluan untuk melintas jalan raya.

Terbaharu tular di media sosial, satu video TikTok memperlihatkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor yang melakukan aksi sama apabila dia diberikan jalan untuk melintas.

Menerusi video tersebut, pemandu kereta berkenaan pada mulanya dilihat memperlahankan kenderaannya sebaik menghampiri garisan kuning di hadapan Sekolah Menengah Kota Kemuning, Shah Alam bagi memberikan laluan kepada pelajar perempuan tersebut untuk melintas jalan.

Pelajar itu kemudiannya menunjukkan tanda berterima kasih kepada pemandu berkenaan dengan berpusing dan melakukan Ojigi atau ‘tunduk hormat’ sebaik melintasi jalan sebelum berlalu pergi dalam cuaca gerimis.

Bukan di Jepun tapi Malaysia

@syedazzman Jepun ❌ Malaysia ✅ #steady #fypシ ♬ original sound – ShallumAdventures

Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian ramai netizen yang menyifatkan ia situasi yang amat jarang berlaku di Malaysia.

Ramai yang menzahirkan rasa bangga dengan adab murni yang ditunjukkannya dan merasakan ia patut dicontohi golongan muda dan pelajar sekolah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.