fbpx
Now Reading
Bagasi ‘Lesap’ Selama 3 Tahun Kini Ditemui Kembali. Ajaib!
Wanita terkejut jumpa balik bagasi hilang selepas 3 tahun

Bagasi ‘Lesap’ Selama 3 Tahun Kini Ditemui Kembali. Ajaib!

Pemilik juga tidak menyangka selepas tiga tahun lamanya bagasi tersebut “lesap”, akhirnya ada pihak yang menghubungi untuk memulangkan kembali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Pakistan terkejut apabila mendapat semula bagasi yang hilang pada tiga tahun lalu selepas ia hilang di sebuah lapangan terbang.

Menerusi laporan India Today,perkara tersebut telah dikongsikan di Twitter wanita itu yang menceritakan bagaimana dia boleh mendapatkan beg berkenaan semula.

Bagasi tersebut telah hilang pada tahun 2018

Wanita yang dikenali sebagai Khadija itu, memaklumkan beg itu telah hilang pada 2018 yang lalu di lapangan terbang Islamabad.

Bagasi tersebut turut mempunyai barangan berharga seperti iPad, Kindle serta cakera keras (hard disk) yang mengandungi maklumat data daripada telefon bimbitnya.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu telah lama berlalu dia sudah melupakan perkara tersebut dan membeli satu lagi Kindle dan tablet yang baru untuk dirinya.

Terkejut ada orang telefon nak pulangkan barang

Namun, dia merasa terkejut apabila tiba-tiba menerima panggilan yang menyatakan mahu memulangkan semula bagasi berkenaan.

“Selepas tiga tahun pada 2021, di saat saya telah mendapatkan kindle dan tablet yang baru serta melupakan berkenaan bagasi yang hilang. Saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang pemilik kedai di Jehlum yang memaklumkan menjumpai barang saya.

“Pada awalnya, saya tidak ingat barang apa yang dijumpainya, namun selepas beberapa ketika saya mula mengingati berkenaan bagasi yang hilang itu,” ciap Khadija.

Cari nombor telefon melalui cakera keras

Jelasnya, dia berasa terkejut apabila pemilik kedai itu menjumpai barang berharganya dan berusaha mencari nombor telefonnya melalui cakera keras dan menjumpainya melalui tangkap layar perbualan dengan teman bilik.

“Abang saya kemudian telah pergi ke Jehlum untuk mengambil semula bagasi tersebut dan mengucapkan terima kasih.

“Lelaki yang menjumpai bagasi itu tinggal di sebuah perkampungan kecil dan mempunyai sebuah kedai yang kecil serta hidup dalam keadaan miskin. Namun, dia melakukan segala yang termampu hanya untuk memulangkan semula bagasi ini kepada pemilik yang sebenar,” tulisnya lagi.

Ciapan itu kemudian menjadi tular di media sosial dan rata-rata warganet memberikan pelbagai pandangan kepada hal tersebut. Malah, ada juga yang menyatakan perkara itu adalah sesuatu yang menakjubkan dan ada juga yang berpendapat orang yang baik masih wujud di dunia ini.

Kagum dengan kejujuran dan integriti

“Saya kagum dengan kejujuran dan integriti lelaki tersebut. Saya tidak pernah terfikir saya akan mendapatkan semula beg tersebut. Tetapi sesuatu perkara boleh berlaku tanpa dijangka,” kata Khadija.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.