fbpx
Now Reading
Dicederakan & Anak Nyaris Diculik, Polis Minta Lufya Omar Tampil Buat Laporan

Dicederakan & Anak Nyaris Diculik, Polis Minta Lufya Omar Tampil Buat Laporan

Menurut ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya belum menerima apa-apa laporan berhubung kejadian itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama pelakon dan penyanyi, Lufya Omar hangat diperkatakan di media sosial selepas dia mendakwa telah berdepan detik cemas diserang oleh seorang lelaki dalam satu cubaan untuk menyelamatkan anaknya, Laana Haura dari diculik di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Ahad lalu (26 Jun).

Lufya yang tampil menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa dipukul menggunakan sebatang kayu di kepala serta badan hingga mengakibatkan kecederaan dan kini dirawat di sebuah hospital.

Dia yang turut berkongsi beberapa foto memperlihatkan anggota badannya yang tercedera bagaimanapun bersyukur kerana berjaya menyelamatkan Haura dari diculik individu berkenaan.

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.

“Syukur Alhamdulillah… Moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” katanya.

Polis belum terima laporan

Terbaharu malam tadi (28 Jun), Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, memaklumkan pihaknya belum menerima apa-apa laporan berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu beliau meminta Lufya agar tampil untuk membuat laporan agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

“Kita sudah buat semakan dan mendapati mangsa belum membuat laporan polis.

“Justeru, kita nasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Bekas suami Lufya nafi terlibat

Dalam pada itu, bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menafikan penglibatannya dalam insiden tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, Hafiz menegaskan tuduhan yang dilemparkan beberapa netizen kononnya dia terlibat adalah satu fitnah. 

“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.

“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya dipetik dari Harian Metro.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.