fbpx
Now Reading
Ibu & Anak Perempuan 6 Tahun Jadi Mangsa Rogol Seksual Sekumpulan Lelaki Di India

Ibu & Anak Perempuan 6 Tahun Jadi Mangsa Rogol Seksual Sekumpulan Lelaki Di India

Mangsa bersama anaknya dijanjikan oleh kumpulan lelaki terbabit untuk dihantar pulang namun akhirnya dirogol beramai-ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita bersama anak perempuannya berusia enam tahun menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di dalam kereta yang sedang bergerak selepas wanita itu menerima pelawaan untuk ditumpangi ke destinasi yang dituju dari Piran Kaliyar, Uttarakhand, India.

Menurut laporan Metro yang memetik Mirror, pihak polis berkata, wanita malang dan anaknya itu dijanjikan oleh kumpulan lelaki terbabit untuk dihantar pulang ke rumah dengan selamat, malangnya janji palsu tersebut berakhir dengan mangsa diserang dan dirogol.

Penguasa polis, Pramendra Doval mengesahkan pemandu yang dikenali sebagai Sonu, sudah mempunyai penumpang lain ketika menawarkan untuk membawa pulang mangsa.

Mangsa tidak pasti berapa ramai di dalam kereta

“Ibu itu melaporkan kepada polis dia tidak tahu berapa ramai orang berada di dalam kereta ketika kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang dan merogol wanita itu dan anaknya yang berusia enam tahun di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

“Kumpulan itu kemudian ‘membuang’ mangsa berhampiran terusan. Kemudian, si ibu mencari balai polis berhampiran dan melaporkan jenayah itu. Ibu dan anak perempuan itu dibawa ke Hospital Awam Roorkee,” ujarnya.

Kata Pramendra, doktor yang merawat mangsa mengesahkan bahawa wanita malang dan anaknya itu telah diserang secara seksual.

Suspek belum dapat dikesan

Sementara itu, pihak polis mengesahkan pihaknya masih menyiasat serta belum dapat mengesan suspek yang terlibat.

Jenayah rogol beramai-ramai seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di negara itu, sebelum ini seorang remaja perempuan berusia 13 tahun turut menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki.

Berhubung kes tersebut, bapa mangsa mendakwa anaknya dirogol selama empat hari oleh sekumpulan lelaki yang membawanya pergi ke Bhopal di Madhya Pradesh, pada 22 April lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.