fbpx
Now Reading
“Kematian Bukan Isu Remeh” – Isu Kematian Tahanan Depot, Ramai Tak Setuju Kenyataan Menteri KDN

“Kematian Bukan Isu Remeh” – Isu Kematian Tahanan Depot, Ramai Tak Setuju Kenyataan Menteri KDN

Beberapa aktivis kemanusiaan turut tampil menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan menyifatkan Hamzah seolah-olah meremehkan apa yang berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (29 Jun), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin antara topik yang hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya gara-gara satu kenyataan beliau yang disifatkan sebagai semberono sewaktu mengulas laporan kematian di pusat tahanan imigresen dalam satu sidang media di Putrajaya.

Menerusi laporan Awani, Hamzah menegaskan tidak timbul isu yang kononnya tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen dilayan dengan buruk seperti yang didakwa beberapa media antarabangsa.

Sebaliknya beliau berkata, isu sebenarnya adalah warga Indonesia itu ditahan atas kesalahan yang dilakukan.

“Saya nak maklumkan kalau lah saya nak mati kerana nak dimasukkan dalam depot, maknanya hebat lah saya.

“Begitu juga pegawai-pegawai kita, apabila kita tahan maknanya dia melakukan kesalahan. Apabila seseorang yang melakukan kesalahan, dia mesti melalui proses undang-undang yang terpaksa kita gunakannya dan mengikut kaedah yang betul.

“Jadi kalau kita sudah tangkap orang melakukan kesalahan letak dalam depot kemudian dia mati, kita nak salahkan pada siapa? Sebab orang mati sekarang ini kadang-kadang tengah berjalan dia mati, tidak payah masuk depot pun mati.

“Jadi tidak timbul isu itu, isunya dia ditahan atas kesalahan yang dilakukannya,” kata Hamza dalam satu sidang media selepas Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP COVID-19 (JKPS) pada Selasa, 28 Jun.

Turut diselar beberapa aktivis

Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, beberapa aktivis tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan menyifatkan Hamzah seolah-olah meremehkan apa yang berlaku.

Menurut Pengarah Eksekutif North-South Initiative Adrian Pereira, Hamzah bersikap defensif walhal perkara tersebut belum lagi disiasat.

Wakil Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Irene Xavier pula meluahkan bahawa apa yang diperkatakan oleh Hamzah adalah “tidak berhati perut”.

Menurut laporan FMT, aktivis Migrant CARE, Alex Ong turut senada apabila mempersoalkan adakah Ahli Parlimen Larut itu faham isu pelanggaran hak asasi manusia terhadap tahanan imigresen.

Selain aktivis-aktivis berkenaan, ramai pengguna media sosial turut menzahirkan rasa kecewa dengan reaksi Hamzah berhubung isu tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.