“Saya Saja Simpan De Paula & Liridon Supaya Pasukan Lain Tidak Mempunyai Lebih Pemain Import” – TMJ

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pihaknya sanggup ‘menyimpan’ dua tonggak naturalisasi negara iaitu Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi bagi mengelakkan mereka menjadi tonggak utama kelab lain.

Tunku Ismail mengakui beliau mengambil kedua-duanya kerana ingin mengelak bagi mengelak pencabar mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) dari berpeluang memiliki lebih ramai pemain dari luar negara.

Menerusi laporan Metro, Tunku Ismail mengakui sanggup menanggung risiko itu meskipun sedar peluang untuk pemain berkenaan beraksi adalah tipis dan sekadar berada di bangku simpanan.

“Saya rekrut mereka kerana takut ada kelab lain mempunyai ekstra pemain import, kemudian saya suruh dia duduk diam-diam.”

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Sebelum kedua-dua pemain itu menyertai JDT pada 2021 dan 2019, mereka menunjukkan prestasi yang cukup mantap dalam saingan Liga M sehingga dilihat sebagai calon tonggak naturalisasi terbaik negara selepas Mohamadou Sumareh yang diambil lebih awal pada 2018.

Malah, De Paula yang pernah beraksi bersama Kuala Lumpur City FC dari 2017 hingga 2019 pernah muncul sebagai peledak berbisa dengan mengumpul 48 gol buat kelabnya itu.

Sementara itu, Liridon yang cukup menyerlah ketika bersama kelab bola sepak Kedah pernah dilabel sebagai arkitek terbaik liga domestik dari tahun 2015 hingga 2019.

Malangnya, prestasi kedua-dua pemain itu semakin berkurang selepas berpindah ke JDT apabila mereka gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Akhirnya mereka kerap menjadi bahan sindiran dan kecaman penyokong setiap kali menyarung jersi Harimau Malaya kerana gagal menyerlah akibat kekurangan minit permainan bersama kelab.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago