fbpx
kanak-kanak 3 tahun alami mengantuk yang melampau lepas makan biskut mengandungi ganja

Gara-Gara Biskut Ganja, Budak 3 Tahun Dimasukkan Ke Hospital Selepas Alami Mengantuk Melampau & Lemah

Gara-gara makan biskut mengandungi ganja, kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana alami mengantuk yang melampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa orang kanak-kanak serta remaja di Bangkok, Thailand, telah dikejarkan ke hospital selepas menunjukkan kesan sampingan yang serius kerana penggunaan ganja.

Sebelum ini, Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt telah meluahkan rasa bimbangnya berkenaan kesihatan dan keselamatan golongan kanak-kanak selepas penggunaan ganja dibenarkan di negara itu, lapor Utusan Malaysia.

Alami mengantuk yang melampau lepas makan biskut

Jurucakap Hospital Chulalongkorn, Prof. Dr Opass Putcharoen memaklumkan, seorang budak perempuan berumur tiga tahun telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami mengantuk yang melampau serta lemah selepas makan biskut yang dicampur dengan ganja di rumah saudaranya.

Manakala satu lagi kes yang melibatkan seorang pesakit yang mengalami masalah mental berusia 14 tahun telah mengalami masalah pernafasan dan perubahan sikap yang ketara apabila dia diberikan ganja oleh rakan-rakannya.

Ada alami halusinasi dan cuba bunuh diri

“Seorang remaja berusia 17 tahun di wilayah Phichit pula dimasukkan ke hospital selepas berhalusinasi dan cuba mencederakan diri akibat makan bunga ganja.

“Situasi ini menunjukkan penggunaan ganja boleh jadi bahaya jika digunakan tanpa kawalan dan tidak sewajarnya,” jelas Opass.

Kata beliau, kebanyakan kes akan membuatkan kanak-kanak dan remaja berhalusinasi hingga bertindak luar dari kawalan, serta mempengaruhi sikap mereka pada masa akan datang sekiranya tidak mendapat rawatan dengan cepat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.