fbpx
Now Reading
Kerana Azimat, Lelaki Sanggup Bunuh Dan Jual Anggota Badan Saudara Albino
Lelaki bunuh dan jual badan saudara lelaki albino kerana azimat

Kerana Azimat, Lelaki Sanggup Bunuh Dan Jual Anggota Badan Saudara Albino

Dek kerana percaya bahawa golongan albino mempunya kuasa ajaib, seorang lelaki sanggup membunuh saudara lelakinya untuk dijadikan azimat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Malawi telah disabitkan bersalah kerana membunuh sudara lelakinya yang merupakan golongan albino kerana mahu menjual bahagian badan lelaki tersebut untuk dijadikan sebagai tangkal atau azimat.

Macdonald Masumbuka, 22, telah dibunuh oleh saudara lelakinya bersama empat lelaki lain di negara itu pada 2018, lapor Daily Star.

Terima hukuman untuk lakukan kerja berat seumur hidup

Mahkamah Tinggi Malawi pada Selasa (28 Jun) kemudiannya memerintahkan kesemua lelaki itu dihukum penjara seumur hidup serta perlu melakukan kerja berat.

Manakala Paderi Katolik Thomas Muhosha, seorang pakar herba, seorang pegawai polis dan dua lelaki lain pula menerima hukuman ringan iaitu penjara selama 30 tahun kerana terlibat dalam penjualan tubuh Masumbuka.

Digantung dari jawatan paderi

Jawatan Muhosha sebagai paderi sudah pun digantung oleh gereja Katolik sebaik penglibatannya terbongkar pada 2018.

Mangsa sebelum ini telah dilaporkan hilang di daerah selatan Machianga pada Februari 2018. Badan dan kepalanya kemudia ditemui sebulan selepas itu, tetapi dalam keadaan tangan dan kaki yang sudah dipotong.

Mangsa dibunuh dengan kejam

Hakim Dorothy NyaKaunda Kamanga turut memaklumkan bahawa Masumbuka telah dibunuh dengan kejam di tanah perkuburan serta dikhianati oleh orang yang rapat dengannya.

Dari pembicaraan turut menyatakan pembunuhan itu dirancang dengan teliti.

Golongan albino jadi sasaran

Golongan albino telah lama menjadi sasaran pembunuhan di Malawi dan di negara lain di dalam serta sekitar kawasan Tasik Besar Afrika.

Difahamkan bomoh-bomoh telah menyebarkan idea bahawa golongan albino mempunyai kuasa ajaib di mana bahagian badan dan tulang mereka digunakan dalam acara ritual.

Pada 2016, pakar bebas dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ikponwosa Ero telah memberi amaran bahawa dianggarkan 10,000 golongan albino di Malawi sedang menghadapi ‘kepupusan’ jika pembunuhan ini berterusan ia akan berada pada situasi kecemasan kerada krisis yang menganggu jumlahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.