Bintang Porno Jepun Ditemui Mati, Badan Terikat Pada Pokok Tanpa Pakaian

Seorang pelakon porno Jepun yang dilaporkan hilang pada awal bulan Jun ditemukan mati di sebuah hutan terpencil di Hitachiota, Ibaraki.

Menurut laporan Japan Times, Rina Arano, 23 dari Bunkyo, Tokyo ditemukan dalam keadaan tragis di mana mayatnya terikat pada sebatang pokok di kawasan cerun bukit dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang pada 14 Jun lalu.

Sebahagian badannya sudah pun reput sewaktu ditemui namun tiada kecederaan yang ketara di bahagian permukaan tubuhnya.

Polis menganggarkan bintang porno itu sudah pun meninggal dunia beberapa hari sebelum penemuannya, lapor The Sun pula.

Mereka percaya bahawa mayatnya diikat dan ditinggalkan di situ agar tidak ditemui. Namun lokasi penemuannya itu begitu hampir dengan vila milik seorang lelaki, Hiroyuki Sampei yang sebelum ini sudah ditahan dan didakwa sebagai suspek utama bagi kes tersebut.

Sampei difahamkan sudah ditahan sejak minggu lalu dan dipercayai individu yang bertanggungjawab menculik dan menyembunyikan Rina Arano memandangkan dia adalah individu terakhir yang dilihat bersama aktres yang juga model itu.

Polis syak mereka berkenalan di Twitter

Pasukan penyiasat mengesyaki suspek dan Arano mula berkenalan menerusi aplikasi Twitter sebelum mereka akhirnya bertemu di stesen kereta api Mito, salah salah satu hentian bagi laluan kereta api East Japan Railway Company (JR East) di wilayah Ibaraki pada 5 Jun lalu – hari mangsa dipercayai hilang.

Menurut polis, sebaik menjemput Arano di sana, suspek kemudian dipercayai membawa Arano ke vila miliknya di Hitachiota yang juga terletak hanya 6 meter dari lokasi penemuan mayat bintang porno berkenaan.

Pertemuan kedua-dua mereka di stesen keretapi api itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di sana.

Polis jumpa bukti perbualan peribadi di Twitter

Menerusi laporan sama, polis turut menjumpai bukti mesej peribadi di antara kedua-dua mereka yang dilakukan ruangan Direct Message (DM) di Twitter.

Bukti tersebut berjaya ditemui pasukan penyiasat di dalam telefon pintar milik suspek.

Temui gambar Arano dengan tangan digari

Bukan itu sahaja, pasukan penyiasat turut dikatakan berjaya menjumpai bukti yang lebih kukuh untuk mengaitkan suspek apabila carian pada telefon pintar miliknya turut menemukan beberapa foto memperlihatkan pelakon porno itu sedang duduk dalam keadaan tangannya digari.

Suspek yang mengakui perkara tersebut bagaimanapun mendakwa foto itu diambil atas persetujuan mangsa itu sendiri.

Dia dalam masa sama turut menafikan penglibatannya apabila mendakwa memang ada membawa Arano ke rumah percutiannya itu namun telah menghantarnya semula ke sebuah kedai berhampiran.

Telefon pintar Arano turut ditemui di rumah suspek

Kenyataan itu bagaimanapun tidak selari dengan maklumat dari sumber yang mendakwa polis sudah pun menemui telefon milik bintang porno itu di rumah suspek pada Isnin (20 Jun) yang lalu.

Foto : Miko News For You

Terdahulu keluarga Arano melaporkan kehilangannya pada 8 Jun selepas gagal mengesan wanita itu selama tiga hari. Segala usaha mencarinya turut buntu apabila panggilan tidak dijawab selain mesej juga tidak dibalas.

Polis Tokyo kemudiannya mula memulakan pencarian sehingga terpaksa menguar-uarkan perkara itu sebagai satu usaha untuk menjejak wanita tersebut.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

1 hour ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

2 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

2 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

3 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

5 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

5 hours ago