fbpx
Now Reading
Penjaga Zoo Jadi Hero, Berjaya Selamatkan Orang Utan Lemas Dengan Bantuan CPR [Video]
Penjaga zoo selamatkan orang utan lemas dengan bantu CPR

Penjaga Zoo Jadi Hero, Berjaya Selamatkan Orang Utan Lemas Dengan Bantuan CPR [Video]

Tindakan pantas pekerja zoo itu, berjaya menyelamatkan nyawa orang utan tersebut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penjaga zoo di Taman Safari Vinpearl, Phu Quoc, Vietnam, diangkat sebagai wira apabila dia berjaya menyelamatkan seekor orang utan yang hampir lemas di dalam sebuah kolam.

Memetik laporan MailOnline, terdapat rakaman yang memaparkan insiden di mana orang utan itu telah jatuh ke dalam kolam yang mengelilingi sangkarnya sewaktu haiwan itu cuba untuk mengambil makanan yang dicampakkan oleh pengunjung.

Melambai-lambai tangan sebelum lemas

Haiwan itu dilihat melambai-lambaikan tangannya ke atas sebelum tengelam ke dalam air, malah turut kelihatan seekor orang utan yang lain yang meluru di tepi kolam untuk menyelamatkanya sebelum lemas.

Penjaga zoo yang menyedari keadaan tersebut dengan segera mencampakkan pelampung ke dalam kolam lalu terjun dengan pakaian lengkapnya untuk menyelamatkan orang utan tersebut.

Selam beberapa kali untuk mencari orang utan

Dia kemudian menyelam beberapa kali ke dalam air untuk mencari haiwan tersebut yang sudah ‘hilang’ di dalam kolam.

Sebaik menjumpai haiwan mamalia itu, dia segera menariknya ke darat lalu melakukan bantuan pernafasan (CPR) sehingga haiwan itu kembali bernafas.

Di atas usaha dan tindakan pantas penjaga zoo itu, akhirnya orang utan tersebut berjaya diselamatkan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengunjung tidak dibenarkan memberi makanan kepada haiwan di Zoo

Sementara itu, jurucakap Zoo turut memaklumkan mereka telah mempamerkan papan tanda sebagai amaran kepada pengunjung agar tidak memberikan makanan kepada haiwan melainkan ia dibenarkan.

Namun, ramai pengunjung yang tidak mengambil endah dengan amaran tersebut sebaliknya masih memberikan mereka makanan ringan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.