
Tindakan Individu Sentuh Dan Bawa Penyu Naik Ke Permukaan Air Undang Kecaman Orang Ramai [Video]
Tindakan tidak wajar individu tersebut yang mengangkat penyu dari dasar laut naik ke permukaan air itu dikecam orang ramai dan menyifatkan ia satu tindakan yang tak patut berlaku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Destinasi percutian seperti di pulau dan tepi pantai sememangnya akan dipenuhi dengan aktiviti air seperti menyelam, snorkeling dan banyak lagi.
Keadaan air laut yang jernih akan membuatkan pengunjung pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyelam dan melihat sendiri kehidupan laut yang sangat cantik seperti ikan, terumbu karang serta kehidupan laut yang lain.
Jika anda bernasib baik maka dapatlah berjumpa dengan penghuni laut yang semakin pupus seperti penyu. Namun, kebiasaanya anda disarankan untuk membiarkan sahaja hidupan itu dan melihatnya dari jauh agar tidak membuatkan mereka berasa terancam.
Tular video seorang individu angkat penyu dari dasar laut
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang menunjukkan tindakan seorang individu yang dilihat mengangkat seekor penyu naik ke permukaan air laut.
Rakaman tersebut telah dikongsikan oleh @ZoologiMY, yang turut memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah tidak sepatutnya dilakukan demi sebuah konten.
Please don’t do this ya.
— ZoologiMY (@ZoologiMY) June 29, 2022
Jangan kacau penyu di dalam laut mahupun di darat.
Jangan ganggu hidupan liar just untuk jadikan content social media awak. @dofmalaysia @PERHILITAN pic.twitter.com/5u4BDNgR0k
“Jangan kacau penyu di dalam laut mahupun di darat.
“Jangan ganggu hidupan liar hanya untuk dijadikan kandungan di media sosial,” ciapnya sambil menyebut akaun Twitter rasmi Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Penyu tidak akan mengganggu, tetapi akan menggigit jika terancam
Menurutnya, penyu kebiasaanya tidak akan mengganggu orang lain, namun ia boleh menggigit sekiranya merasa diri terancam.
“Penyu selalunya santai dan hanya memikirkan dirinya sahaja, tetapi penyu masih boleh mengigit anda jika rasa diri terancam.
“Penyu juga mempunyai paruh yang tajam serta rahang yang kuat, gigitan mereka kebiasaanya sangat sakit.
Paruh tajam boleh buat jari putus
“Paruh dia tu memang kalau gigit jari mungkin boleh putus,” jelas @ZoologiMY lagi.
Penyu selalunya chill minding their own business je, tetapi penyu masih boleh gigit korang ye kalau dia rasa terancam.
— ZoologiMY (@ZoologiMY) June 29, 2022
As the sea turtles having quite sharp beaks & powerful jaws, their bites are usually very painful.
Paruh dia tu memang kalau gigit jari kau maybe putus. 🫣 pic.twitter.com/hXAoOUm3uV
Undang kecaman orang ramai
Video tersebut kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut.
Ada juga yang mengingatkan bahawa penyu tidak boleh disentuh mahupun diberi makan, serta berharap agar orang ramai tidak terus melakukan perkara itu kepada hidupan laut.
‘Jangan sentuh atau bagi makanan’
‘Pertama kali dalam hidup tengking dalam keadaan bot penuh orang’
I remembered till now masa guide turtle trip kt Redang, this one group yg guide dia behaved exactly like this. N his group was guests from India, n they "played" the turtles siap panjat mcm surfboard.
— megalopan 🐬🐋🇲🇾 (@apanisasi) June 29, 2022
1st time dalam hidup tengking a boat full of ppl. Heck, tengking in general.💆🏻♂️ https://t.co/zTFj0OE331
‘Manusia ni tak reti buat hal sendiri ke’
Manusia ni mmg tak reti MYOB ke? https://t.co/3UWRZUjwoL
— No.08 (@idhmsays) June 29, 2022
‘Masa pergi Perhentian, pekerja resort pun tak bagi sentuh penyu’
Masa pergi Perhentian, staff resort tak bagi sentuh pun penyu tu. Kalau nak video/gambar dekat, dia suruh menyelam ataupun dia ambil camera kita untuk record video/gambar. Dia pun tak sentuh penyu tu. https://t.co/UWXlchVQFD
— aifarahin (@aifarahin242) June 29, 2022