fbpx

Video Toyota Hilux Gagal Memotong Hingga Nyaris Sebabkan Kemalangan Disiasat Polis

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah pemandu Hilux berkenaan bukan sahaja memotong di garisan berkembar, bahkan dia seolah-olah cuba menggunakan alasan tidak munasabah semata-mata untuk menutup kesalahannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (30 Jun), tular di media sosial satu rakaman dashcam memperlihatkan insiden sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux yang gagal dalam cubaan memotong sebuah lori hingga nyaris menyebabkan kemalangan di Janda Baik, Pahang.

Mula dimuat naik pemilik dashcam, Sheran Tahir di Facebook, video berkenaan kemudiannya mula tular dan sohor selepas dikongsikan semula di TikTok, Twitter dan Instagram.

Menurut Sheran Tahir, meskipun sempat menekan brek, cubaan berbahaya oleh pemandu Hilux berkenaan menyebabkan anaknya yang sedang tertidur di tempat duduk belakang terjatuh.

“Spesis makhluk macam ni punca orang kemalangan. Nasib baiklah aku sempat brek. Kesian Mika (anak) sedap-sedap tidur kat belakang jatuh tergolek,” luahnya di Facebook.

“Saya dah beam lori nak potong”

Namun apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah tindakan pemandu Hilux berkenaan yang bukan sahaja memotong di garisan berkembar, malah cuba menggunakan alasan tidak munasabah semata-mata untuk menutup kesalahannya.

“Saya sudah beam lori nak potong tadi. Ingatkan lori nak bagi laluan,” jawab pemandu Hilux itu selepas ditegur oleh pemilik dashcam.

Polis Bentong buka siasatan

Terbaharu malam tadi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah melakukan siasatan awal terhadap video berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt. Zaiham Mohd Kahar, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Bentong sedang mengesan dan akan memanggil pemilik Hilux itu untuk memberi keterangan.

“Jika didapati bersalah, pemandu pacuan empat roda (4×4) tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalulintas 167/59 iaitu rule 12(3)(a) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan penjara,” kata Zaiham.

Beliau dalam masa sama turut memohon kerjasama pengguna jalanraya lain yang melihat insiden yang melanggar undang-undang jalanraya untuk tampil memberi maklumat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.