fbpx
Now Reading
Bayi 18 Bulan Maut Kelaparan Gara-Gara Si Ibu Terlalu Obses Dengan Diet Vegetarian
Bayi mati kelaparan disebabkan diet vegatarian

Bayi 18 Bulan Maut Kelaparan Gara-Gara Si Ibu Terlalu Obses Dengan Diet Vegetarian

Mangsa turut dilaporkan meninggal dunia disebabkan komplikasi yang berkait dengan kekurangan zat makanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu vegetarian di Amerika Syarikat, didapati bersalah kerana menyebabkan kematian bayi lelakinya yang berusia 18 bulan selepas mengaku hanya memberinya makan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah.

Menurut laporan Metro UK yang memetik Fort Myers News Press, si ibu, Sheila O’Leary, 39, disabitkan kesalahan membunuh oleh para juri pada Rabu (29 Jun) berhubung pertuduhan penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kematian bayinya iaitu Ezra O’Leary pada September 2019.

Bayi dijumpai berhenti bernafas oleh ibu bapanya

Berat bayi itu ketika meninggal dunia difahamkan adalah 7.7 kilogram (kg), di mana ia adalah kurang 3.17 kg berbanding berat yang sepatutnya.

“Anak ini tidak makan. Dia dibiarkan kelaparan selama 18 bulan sehingga membawa kepada kematian,” jelas Francine Donnorummo iaitu Ketua Unit Mangsa Khas di Pejabat Peguam Negara.

Amal diet vegetarian untuk bayi 18 bulan

Shiela dan suaminya, Ryan O’Leary, turut memaklumkan kepada pihak polis bahawa Ezra mengamalkan diet vegetarian yang ketat, namun ia masih diberi susu ibu.

Menurut mereka, bayi tersebut tidak makan selama lebih kurang seminggu sebelum meninggal dunia selain mempunyai masalah kesukaran untuk tidur.

“Dia membuat pilihan untuk membunuh anaknya. Keegoan telah menyebabkan Ezra mati, ia adalah kerana sikap cuai sehingga merisikokan nyawa manusia,” kata Donnorummo.

Mempunyai masalah kekurangan zat makanan

Hasil bedah siasat mendapati Ezra telah meninggal dunia disebabkan komplikasi yang dikaitkan dengan masalah kekurangan zat makanan.

Pendakwa raya turut menuduh Shiela telah gagal untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk bayinya ketika dia sedar bahawa anak kecil itu sakit.

“Dia memilih untuk tidak menghiraukan tangisan bayi tersebut,” jelas Penolong Peguam Negara Sara Miller yang turut bersama dalam pendakwaan kes tersebut.

Abaikan tiga anak lain lepas bayi meninggal dunia

Menurut pendakwa raya, apa yang lebih menyedihkan pasangan ini turut mengabaikan tiga lagi anak mereka yang kesemuanya berusia bawah 11 tahun selepas kematian Ezra.

“Kami berada di sini kerana anak-anak mereka kelaparan sehingga menyebabkan anak bongsu mereka mati akibat kelaparan,” jelas Miller.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan hukuman Shiela pada 25 Julai ini.

Sementara itu, Ryan yang berada di penjara Lee County, turut akan dibicarakan atas tuduhan yang sama seperti Shiela.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.