Biskut Julie’s Ini Memang Nostalgik. Makan Je Terus Teringat Kenangan Dahulu Kala!

Apabila kita merenung kembali kenangan terindah sepanjang kehidupan, banyak juga sebenarnya kenangan yang melibatkan makanan. Kan?

Sebagai contoh, anda menikmati satu hidangan spesifik bersama keluarga atau insan tersayang pada ketika itu. Mesti akan teringat sampai ke tua. Malah, makan gula-gula atau biskut kegemaran pun anda boleh teringat kembali!

Siap boleh ingat lagi masa itu anda menikmati sesuatu hidangan itu di mana, dengan siapa, dan sebagainya. Ianya merupakan memori yang sukar untuk dilupakan. Sentiasa terpahat di fikiran anda walaupun sudah lama.

Untuk pengetahuan anda, kajian saintifik mendapati bahawa jika anda menikmati sesuatu yang nostalgia sebenarnya akan lebih mudah untuk mencetuskan hippocampus – bahagian otak yang sangat penting untuk membentuk ingatan jangka panjang dan juga menyimpan memori.

Makanan terbukti membawa kita kembali ke beberapa momen/bahagian paling penting dalam kehidupan seseorang.

“Gula-gula zaman kanak-kanak yang dikeluarkan semula selepas bertahun-tahun kemudian boleh mengembalikan banyak kenangan. Gula-gula dan makanan, secara amnya – tidak unik dalam keupayaan untuk mempromosikan lata mnemonik. 

“Walau bagaimanapun, psikologi kita yang berkembang mungkin menjadikan makanan sebagai salah satu perkara yang lebih berkemungkinan dalam persekitaran di mana ingatan terbentuk dan difokuskan.” – The Harvard University Press mengenai The Omnivorous Mind karya John S. Allen.


“Golden Goodness.”

Biskut Julie’s pada ketika ini telah menjadi makanan ruji bagi setiap isi rumah Malaysia selama bertahun-tahun lamanya. Kita semua dibesarkan bersama gadis kecil berambut perang yang menjadi sebahagian besar dalam hidup setiap orang.

Malah, pada tahun 2020, syarikat itu menjenamakan semula Julie’s dan menjadikannya kelihatan lebih muda dengan potongan rambut bob pendek, ‘headband’ berwarna merah dan biru dengan wajah pasti ke hadapan dan ke atas, mencipta semula daya tarikannya buat pengguna generasi baharu.

Namun, rasa dan kualiti biskut Julie’s masih kekal tidak berubah dan terus menjadi kegemaran ramai.

(Sumber: foodie_mxy/spread_love_food via Instagram)

Pengasas Tunggal, Su Chin Hock, menyedari bahawa pasaran tempatan tepu dengan jenama biskut tradisional. Untuk menjadi sebuah jenama yang senang diingati, dia menamakan semula jenama itu kepada Julie’s, nama yang agak senang dan sukar untuk dilupakan.

Sejak tahun 1985, Julie’s adalah jenama biskut tempatan yang dikenali oleh orang ramai di mana reputasi produknya yang mengunakan resipi warisan dan bahan berkualiti.

Krim mentega kacang yang kaya dan wangi digandingkan dengan biskut bulat rangup, dibakar keemasan dan masin – biskut ini bukan sahaja membawa kita kembali ke masa riang bersama rakan sekolah dan berbual sambil minum teh bersama keluarga, malah rasanya tetap enak.

“Tidak kira di mana jua, kami pasti keenakan biskut Julie’s akan menemani anda untuk mencipta memori indah dan memberi semangat untuk mengharungi pelbagai cabaran.

“Sepanjang tempoh 38 tahun sejak penubuhan kami, Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s telah menjadi kegemaran dan makan ruji bagi setiap isi rumah Malaysia.

“Aroma haruman kacang pada setiap pek memang ikonik dan tiada bandingannya,” jelas Tzy Horng Sai, Pengarah Biskut Julie’s.

Tetapi, bagaimana jika anda boleh memenangi emas SEBENAR sambil menikmati biskut ‘golden-baked goodness’ ini?


Nut (Nak) Emas!

Sumber: Julie’s.

Pada bulan Julai ini, Julie’s bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-38 dengan peraduan I ‘NUT’ Emas yang menarik!

Diinspirasikan daripada bentuk Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s dan penampilan seperti emas, peraduan Julie’s I ‘NUT’ EMAS adalah homofon yang menyeronokkan daripada istilah Bahasa Malaysia ‘SAYA MAHU EMAS’.

Ia adalah cara bagaimana jenama ini memasukkan perkataan ‘nut’ daripada ‘peanut’ yang membawa maksud ‘nak’ dalam Bahasa Malaysia – ke dalam slogan yang boleh dikaitkan dengan semua rakyat Malaysia.

Dengan sebarang pembelian pek Biskut Sandwic Mentega Kacang bernilai RM5 atau lebih, anda berpeluang memenangi emas 100g bernilai RM30,000. Hadiah menarik lain adalah termasuk emas 10g bernilai RM3,000 dan kredit e-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM85.

Hanya beli Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s bernilai RM5 dan ke atas, dan muat naik serta serahkan resit di sini. Anda juga boleh mengimbas kod QR daripada bahan tempat jualan (sebagai contoh: poster) untuk menyerahkan foto resit.

Jadi, jika anda nak emas, dapatkan sebungkus Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s sepanjang peraduan I ‘NUT’ Emas yang bakal berlangsung dari 1 Julai hingga 15 Ogos 2022. Anda juga berpeluang untuk menang besar jika anda membeli lebih banyak biskut dengan resit berasingan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Ketahui lebih lanjut tentang peraduan Julie’s I ‘NUT’ Emas DI LINK INI.

#INutEmas #JuliesBiscuits #JuliesPeanutButterSandwich

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago