fbpx
Now Reading
Firdaus Wong Tegur Netizen Jadikan Minyak Upacara Sembahyang Bahan Lawak
Firdaus Wong Tegur Orang ramai jangan gurau perkara yang melibatkan agama lain

Firdaus Wong Tegur Netizen Jadikan Minyak Upacara Sembahyang Bahan Lawak

Isu harga barang naik sememangnya sesuatu yang tidak digemari oleh semua masyarakat, namun dalam menyuarakan ketidak puashatian janganlah sampai kita menggunakan agama lain sebagai gurauan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kenaikan harga barangan memang memeningkan kepala ramai rakyat Malaysia. Mereka yang berang kemudiannya mengambil kesempatan dengan meluahkan perasaan itu kepada keluarga, rakan-rakan dan juga media sosial.

Namun ada juga yang mengambil kaedah berbeza iaitu dengan memberikan komen berbentuk sindiran atau gurauan yang sebenarnya merujuk kepada keadaan semasa yang sedang berlaku.

Walaupun bergurau, kita sepatutnya berhati-hati dalam apa yang kita lakukan kerana dibimbangi ianya akan membuatkan orang lain berkecil hati atau salah faham.

Minyak untuk sembahyang dijadikan sebagai gurauan

Baru-baru ini, terdapat satu hantaran yang dikongsikan oleh sebuah halaman di Facebook yang bergurau dengan mempamerkan gambar sebotol minyak yang dikatakan minyak masak dengan harga yang jauh lebih murah.

Apa yang mencuri tumpuan ialah botol minyak tersebut bukanlah minyak masak tetapi minyak yang digunakan oleh agama lain untuk sembahyang.

“Tadi min pergi belanja barang dapur masih dapat minyak masak yang berharga RM9.90 (dengan isipadu 2 liter). Alhamdullilah rezeki min,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Foto: FB Firdaus Wong Wai Hung

Firdaus Wong beri nasihat

Susulan dengan hantaran tersebut, pendakwah dan aktivis terkenal, Firdaus Wong Wai Hung tampil menerusi satu hantaran di Facebook menegur tindakan pengendali laman berkenaan.

Menurut beliau, dirinya memahami akan situasi yang dialami oleh masyarakt ketika ini dengan kenaikan harga barangan namun Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau.

“Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya kerana ingin membuat suatu kaum tertawa. Celaka lah dia, celakalah dia.” (Hadis riwayat Abu Daud no.4990 dan Tarmidzi no.2315)

Islam larang menipu walau mahu bergurau

“Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau. Tertera jelas ‘Minyak Untuk Sembahyang Sahaja’ dan saya percaya admin halaman tersebut tahu membaca dengan baik,” ulas Firdaus Wong.

Tambahnya lagi, kita tidak suka orang menghina Islam atau menjadikan peralatan yang sinonim dengan Islam seperti songkok, sejadah dan banyak lagi sebagai alat gurauan.

Oleh itu, hendaklah kita tidak seharusnya menjadikan alat sembahyang penganut agama lain sebagai bahan gurauan kita.

Salah tetap salah

“Prinsip saya tetap sama tanpa mengira siapapun. Yang benar itu tetap benar dan yang salah tetap salah. Kita melihat prinsip bukan melihat siapa yang melakukannya,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan apa yang dinasihatkan oleh pendakwah itu dan ada juga yang menyifatkan gurauan itu sebagai lawak yang biadap.

Ada juga yang berterima kasih kerana pendakwah tersebut telah menyuarakan isu tersebut agar ia tidak lagi menjadi satu gurauan orang ramai.

‘Terbaik bro, kita marah orang hina agama kita’

‘Lawak biadap’

‘Nak bergurau tak kena tempat’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.