fbpx
Now Reading
“Kedai Ini Memang Dalam Pemantauan” – JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita Di Kedai Air Buah Viral

“Kedai Ini Memang Dalam Pemantauan” – JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita Di Kedai Air Buah Viral

Penularan video tersebut mengundang kemarahan orang ramai di mana rata-rata mahukan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular di media sosial satu video TikTok memperlihatkan dua orang lelaki yang merupakan pelanggan di sebuah kedai minuman ‘viral’ di Setiu, Terengganu memeluk seorang wanita sewaktu bergambar dengannya.

Menerusi video tersebut, dua pelanggan itu tanpa segan silu dilihat memeluk wanita berkenaan yang difahamkan pekerja di kedai air buah berkenaan masing-masing di bahagian pinggang dan bahu.

Aksi mereka mengundang kemarahan orang ramai di mana rata-rata mahukan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.

Terbaharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan sedang menyiasat insiden tersebut.

Menurut Pesuruhjaya JHEAT Tn. Haji M. Rozi Bin Bidin, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan kedai berkenaan sudah lama berada dalam radar pemantauan pihaknya.

“Kedai makan ni memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi. Dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian adalah tidak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Carian kami mendapati video asal yang dimuat naik di TikTok sudah pun dipadamkan oleh pengguna TikTok tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.