Padah Biadap & Buli Warga Emas, Lelaki Di Taiwan Lunyai Dibelasah Beramai-Ramai [Video]

Sebuah rakaman dari kamera litar tertutup yang memaparkan pergaduhan di Taiwan telah tular di media sosial pada Sabtu lalu (2 Julai).

Menurut laporan Taiwan News, seorang warga emas yang berada di dalam lif secara tidak sengaja tertekan butang tutup ketika pintu lif sedang terbuka, dia yang menyedari kesalahannya itu dengan segera menekan butang buka.

Perbuatan yang tidak disengajakan itu bagaimanapun mengundang kemarahan seorang lelaki muda berkemeja biru yang sedang masuk ke dalam lif berkenaan bersama dua orang rakannya.

Lelaki muda berkemeja biru yang dikenali sebagai Hu itu terus memarahi dan membuli warga emas berkenaan manakala dua rakannya iaitu seorang lelaki dan wanita hanya melihat kejadian itu berlaku.

Malangnya, warga emas yang cuba menjelaskan isu sebenar itu tidak dihiraukan oleh Hu walaupun dia kelihatan berulang kali memohon maaf sambil menundukkan kepalanya.

Pertengkaran bersambung di luar lif

Tidak hanya di dalam lif, kejadian bersambung apabila mereka sekali lagi bertemu di kawasan lobi.

Setelah hampir seminit pertengkaran berlaku, seorang lelaki berpakaian hitam menghampiri mereka bagi meredakan keadaan namun Hu tetap berkeras malah bertindak memarahi lelaki berkenaan.

Tidak lama kemudian, kelihatan empat lelaki keluar daripada lif dan terus memukul Hu dan rakannya itu. Namun rakan wanitanya terus melarikan diri ketika kejadian menjadi huru hara.

Hu yang teruk dipukul oleh lelaki berkenaan akhirnya terbaring di atas lantai berhampiran pintu lif manakala rakannya berjaya melarikan diri.

Polis berjaya tahan individu terlibat

Pihak polis kemudiannya berjaya menahan kumpulan lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu dan membawa mereka ke balai polis Kota Taichung bagi tujuan soal siasat.

Menurut pihak polis, Hu dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan, suspek yang memukul Hu berkemungkinan akan didakwa kerana melanggar Akta Penyelenggaraan Ketenteraman Sosial.

Polis nafi warga emas itu ketua geng

Polis Taichung menafikan khabar angin yang mendakwa warga emas itu adalah ketua geng di kawasan tersebut.

Menurut warga emas terbabit, dia hanya mengenali lelaki berbaju hitam dan kumpulan lelaki yang memukul Hu merupakan rakan kepada lelaki yang berbaju hitam tersebut.

Terdahulu, video yang dimuat naik ke media sosial itu tular apabila seorang lelaki muda kelihatan menengking dan membuli seorang warga emas sebelum dirinya dipukul beramai-ramai.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

6 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

6 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

8 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago