fbpx
Now Reading
AS Akui Tembakan Tentera Israel Punca Kematian Wartawan Al Jazeera

AS Akui Tembakan Tentera Israel Punca Kematian Wartawan Al Jazeera

Jabatan Negara AS bagaimanapun menegaskan tidak ada sebab yang jelas bahawa inisiden itu disengajakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar pertengahan Mei lalu, seorang wartawan veteran Al Jazeera, dilaporkan maut ditembak sewaktu sedang membuat liputan di sebuah khemah pelarian di bandar Jenin berhampiran Tebing Barat, Palestin.

Kematian Shireen Abu Aqleh, 51 yang juga warga Palestin-Amerika menaikkan kemarahan masyarakat dunia termasuk Malaysia yang mahukan Israel tampil bertanggungjawab di atas apa yang terjadi.

Baca artikel berkaitan:

Wartawan Veteran Al Jazeera Maut Ditembak Tentera Israel

“Israel Mesti Bertanggungjawab” -Malaysia Kutuk Keras Pembunuhan Wartawan Al Jazeera

Enggan berdiam diri, kerajaan Palestin kemudiannya lantang mendakwa hasil siasatan mereka telah mendapati yang Shiren Abu Akleh ditembak dengan sengaja oleh sniper IDF.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Israel, malah mereka menyifatkan dakwaan itu satu pembohonan secara terang-terangan.

Rejim Zionis itu kemudiannya meminta Palestin untuk menyerahkan peluru berkenaan agar mereka dapat bersama-sama melakukan siasatan. Permintaan itu ternyata tidak dipersetujui oleh Palestin.

Mereka sebaliknya memilih untuk menghantar peluru berkenaan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS). Difahamkan ianya telah dilakukan pada sekitar Mei lalu.

AS mengaku tembakan dilepaskan tentera Israel

Selepas hampir dua bulan isu berkenaan menjadi tanda tanya, AS akhirnya mengakui bahawa kematian Shireen Abu Akleh mungkin disebabkan tembakan yang dilepaskan tentera Israel.

Jabatan Negara AS menerusi satu kenyataan media pada 4 Julai bagaimanapun menegaskan tidak ada sebab yang jelas untuk dikaitkan yang beliau ditembak dengan sengaja.

U.S Security Coordinator (USSC) AS juga tidak dapat melakukan kesimpulan akhir dari mana peluru tersebut dilepaskan hingga mengakibatkan wartawan disegani itu maut.

“Pakar balistik memutuskan peluru itu rosak teruk, jadi menghalang kesimpulan yang jelas.

“USSC tidak menemui sebab untuk mempercayai bahawa ia disengajakan tetapi sebaliknya akibat daripada keadaan tragis semasa operasi ketenteraan yang diketuai oleh IDF terhadap puak-puak Jihad Islam Palestin pada 11 Mei 2022, di Jenin yang disusuli serangan di Israel,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Kerajaan Palestin bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan AS yang mengetepikan dakwaan jenayah perang oleh penjajah Israel sehingga menyebabkan kematian Shireen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.