fbpx
Now Reading
Ubah Struktur Pembayaran Lewat, Shopee SpayLater Kini Patuh Syariah

Ubah Struktur Pembayaran Lewat, Shopee SpayLater Kini Patuh Syariah

Menerusi semakan kami, Shopee sudah pun mengubah struktur pembayaran lewat yang sebelum ini dikaitkan dengan unsur riba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar November tahun lalu, kami ada berkongsi tentang penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti WP) yang menjawab persoalan orang ramai dalam hal membabitkan hukum menggunakan sistem Buy Now Pay Later (Beli Sekarang Bayar Kemudian) yang digunakan Shopee iaitu SPayLater.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, Pejabat Mufti memaklumkan terdapat beberapa isu Syariah yang timbul berhubung kaedah pembayaran BNPL mereka.

Yang pertama kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan. Bagi kaedah ini tiada isu syariah (tiada riba) padanya sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh sebulan sepertimana yang ditetapkan.

Namun akan berlaku riba (riba al-Qard) sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayaran dan dikenakan caj lewat bayar (1.5%).

Yang kedua pula ialah kaedah pembayaran secara ansuran. Bagi kaedah ini terdapat dua isu Syariah iaitu melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar (sebanyak 1.5%). Hal ini kerana setiap caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar adalah sebahagian daripada riba.

Jadual pembayaran Shopee SpayLater terdahulu yang mempunyai caj lewat 1.5%

Hasil penelitian, Pejabat Mufti WP menegaskan kaedah secara one-off tidak mempunyai masalah sekiranya pembayaran selesai dalam tempoh ditetapkan manakala kaedah ansuran mempunyai unsur riba dan perbuatan ini adalah haram dan berdosa besar.

Baca artikel berkaitan : Ini Penjelasan Mufti WP Mengenai Hukum Penggunaan Shopee Pay Later

SPay Later akhirnya patuh Syariah

Selepas hampir 7 bulan, Shopee akhirnya mengumumkan bahawa sistem pembayaran SPayLater milik mereka kini patuh syariah.

Syarikat e-dagang tersebut menerusi satu kenyataan di laman sesawang mereka memaklumkan bahawa mereka sudah menerima pensijilan patuh syariah dari Amanie Advisors, firma penasihat Syariah terkemuka yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

“SpayLater dibenarkan dari sudut Syariah.

“Ia selaras dengan keizinan Syariah pada Bay’ Bithaman Ajil (jualan pembayaran tertunda), di mana semua pihak dalam transaksi jualan bersetuju untuk membuat pembayaran secara tertunda,” kata Shopee.

Tiada lagi caj lewat 1.5%

Menerusi semakan kami, Shopee sudah pun mengubah struktur pembayaran lewat yang sebelum ini dikaitkan dengan unsur riba.

Pada jadual pembayaran baharu yang dikongsikan Shopee, tiada lagi caj pembayaran lewat 1.5%, sebaliknya akaun anda akan dibekukan sekiranya mempunyai tunggakan.

Namun anda masih boleh mengaktifkan kembali akaun yang dibekukan dengan membayar jumlah tunggakan selain denda RM10 yang dikenakan Shopee.

Processing fee naik 1.5% berbanding 1.25%

Dalam pada itu, Shopee turut dilihat menaikkan fi pemprosesan dari 1.25% kepada 1.5% setiap bulan bagi pembayaran secara ansuran berdasarkan jumlah pembelian.

Pada hemat kami, 1.5% adalah cas yang jelas dan tiada sebarang caj pertambahan memandangkan sudah ada terma dan syarat.

Jadual pembayaran Shopee SpayLater yang terkini

Kami merasakan perubahan ini pasti akan menarik lebih ramai pengguna Shopee khususnya umat Islam untuk kembali menggunakan SpayLater ini.

Bagaimana pula pendapat anda?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.