
Harga Boleh Mencecah RM35 Juta, Rangka Dinosaur Gorgosaurus Bakal Dilelong Buat Kali Pertama
Gorgosaurus adalah dinosaur yang lebih ganas dan pantas dari T-Rex selain mempunyai gigitan yang kuat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rangka dinosaur jenis Gorgosaurus bakal dilelong untuk kali pertama dan dijangka bakal dilepaskan dengan anggaran antara AS$5 juta (RM22.12 juta) serta AS$8 juta (RM35.39 juta) jelas firma lelongan, Sotheby’s pada 5 Julai lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, firma tersebut akan menganjurkan majlis lelongan rangka setinggi tiga meter dan 6.70 meter itu di New York pada 28 Julai depan.
Ditemui di Montana, adalah dinosaur paling berharga
Rangka haiwan yang telah pupus tersebut dijumpai di Montana, Amerika Syarikat (AS) pada 2018 dan firma itu menyifatkan ia adalah antara dinosaur yang paling berharga yang pernah ada di pasaran.
Dinosaur Gorgosaurus pernah hidup di muka bumi ini lebih kurang 77 juta tahun yang lepas dan haiwan tersebut kebiasaanya mempunyai berat kira-kira dua tan bagi dewasa.
Lebih ganas dan pantas
Menurut pakar paleontologi, haiwan itu lebih ganas serta lebih pantas berbanding T-Rex, selain mempunyai gigitan yang lebih kuat.
Penjualan tersebut menandakan bahawa ia adalah kali pertama Sotheby’s melelong rangka dinosaur penuh sejak firma tersebut menjual Sue T-Rex sekitar tahun 1997 dengan jumlah AS$ 8.36 juta (RM36.99 juta).
“Semua spesimen lain Gorgosaurus yang telah ditemui berada di muzium,” jelas Ketua Sains dan Budaya Popular Sotheby, Cassandra Hatton.
“Ini adalah satu-satunya yang boleh dibeli menjadi hak persendirian. Jadi ini adalah detik yang menarik, baik untuk pengumpul persendirian dan institusi,” katanya lagi.
Measuring 10 feet tall and 22 feet long, meet the first ever #Gorgosaurus skeleton to be offered at auction. 🦖
— Sotheby's (@Sothebys) July 5, 2022
Watch as our #Dinosaur is put together in our #SothebysNewYork galleries, open for viewing 21 July ahead of its sale in our #GeekWeek auction 28 July. pic.twitter.com/dqR9oIUh16