fbpx
Now Reading
Unik! Perkampungan Terpencil Di China Miliki 33 Pasangan Kembar

Unik! Perkampungan Terpencil Di China Miliki 33 Pasangan Kembar

Tidak hanya penduduk luar yang kekeliruan ketika melihat pasangan kembar di kampung itu, malah penduduk kampung juga sering keliru melihat penampilan mereka yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah perkampungan di barat daya China menjadi tumpuan ramai pihak apabila dilaporkan mempunyai kelahiran pasangan kembar yang begitu banyak.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Red Star News, Kampung Baimu di Danling, Wilayah Sinchuan hanya mempunyai 2,119 penduduk daripada 631 keluarga.

Foto: SCMP

Namun dari jumlah tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 33 pasangan kembar yang telah dilahirkan di kampung berkenaan dalam tempoh 12 tahun, kata setiausaha kampung tersebut, Li Yuxia.

“Dalam tempoh tiga tahun lalu, ada satu pasangan kembar dilahirkan di kampung ini. Ini membuktikan kampung ini boleh dipanggil ‘Kampung Kembar.”

Setiausaha Kampung Baimu, Li Yuxia

Yang menariknya, Li turut memiliki anak kembar perempuan.

Lima pasangan kembar sudah meninggal dunia

Bagaimanapun, daripada kesemua 33 pasangan kembar yang ada di kampung itu, lima pasangan kembar sudah meninggal dunia.

Selain itu, tujuh pasangan kembar kehilangan seorang daripada pasangan mereka menjadikan hanya 21 pasangan kembar yang masih hidup di kampung itu.

Daripada 21 pasangan kembar, 10 daripadanya adalah pasangan kembar lelaki manakala baki selebihnya adalah kembar wanita.

Penduduk kampung turut keliru

Foto: SCMP

Tambah Li, bukan hanya orang luar, malah penduduk kampung itu sendiri sering terkeliru kerana penampilan kembar-kembar ini yang kelihatan hampir sama.

Terpaksa dipisahkan ke kelas berasingan

Seorang wanita di kampung itu berkata, anak kembarnya sebelum ini berada di dalam kelas yang sama, namun sekarang terpaksa dipindahkan ke kelas yang berasingan

Menurutnya, guru mereka memberi tahu dirinya yang kedua-dua anak kembarnya terpaksa diletakkan dalam kelas yang berbeza kerana guru terlalu sukar untuk membezakan mereka.

Foto: Pexels

Menurut cerita tempatan, terdapat seorang penduduk kampung bernama Huang Wenjuan yang pernah menyangka seorang penduduk kampung lainnya iaitu Huang Wen sebagai saudara kembarnya yang bernama Huang Hui.

Kredit gambar: SCMP

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.