fbpx
Now Reading
Selepas JAWI, Polis Pula Siasat Video Wanita Buka Tudung & Baju Lepas Mengaku Hafal Al-Quran

Selepas JAWI, Polis Pula Siasat Video Wanita Buka Tudung & Baju Lepas Mengaku Hafal Al-Quran

Penularan video tersebut menimbulkan kemarahan pengguna media sosial dengan majoritinya mahu dia disiasat dan dikenakan tindakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi (9 Julai) media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video membabitkan seorang wanita yang didakwa menghina Islam di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, wanita berkenaan yang pada mulanya bertudung telah memperkenalkan diri dan mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Namun tidak lama kemudiannya, dia secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan baju kurung yang menutup aurat dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata sebelum mendapat tepukan dan sorakan di kalangan penonton di kelab itu.

Penularan video tersebut menimbulkan kemarahan pengguna media sosial dengan majoritinya mahu dia disiasat dan dikenakan tindakan kerana perbuataannya seperti sengaja mahu mempersendakan Islam.

Malah ia turut menarik perhatian salah seorang pelawak, Shahrol Shiro yang tampil mengecam ‘lawak’ wanita itu yang menurutnya satu perbuatan biadap dan melampau.

Jawi jalankan siasatan, tidak akan berkrompomi

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kemudiannnya memaklumkan telah menjalankan siasatan awal berhubung video tersebut.

Menurut Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail siasatan awal itu telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang mempunyai niat untuk menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam lebih-lebih di saat ketibaan Aidiladha yang bakal menjelang.

Polis buka kertas siasatan

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula membuka kertas siasatan ekoran dari tindakan wanita tersebut.

Setiausaha PDRM, Datuk Norsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan dilakukan ekoran laporan polis yang diterima pada Sabtu berhubung video.

Dibuat ketika persembahan di sebuah kelab komedi

Menurut Norsiah, wanita itu dipercayai melakukan perbuatan itu ketika membuat persembahan di sebuah kelab yang berunsurkan komedi.

Siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.

“Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak mencetuskan sebarang provokasi yang mampu menyentuh sensitiviti agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat.

Menerusi carian kami, video asal berdurasi 2 minit 16 saat sebenarnya sudah dimuat naik di laman YouTube wanita berkenaan sejak 16 Jun yang lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.