fbpx
Now Reading
Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi Sudah Ditahan Polis, Direman Hingga 12 Julai

Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi Sudah Ditahan Polis, Direman Hingga 12 Julai

Kes ini dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wanita tular yang dipercayai menghina Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur sudah ditahan polis.

Menerusi laporan laporan Berita Harian, wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada Sabtu malam (9 Julai).

Menurut Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini, 10 Julai hingga Selasa (12 Julai).

“Pada masa ini, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Kes ini dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, polis mula membuka siasatan selepas menerima laporan berhubung penularan video memperlihatkan wanita tersebut membuat persembahan di sebuah kelab komedi sambil menghina agama Islam.

Di dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita berkenaan yang pada mulanya bertudung telah memperkenalkan dirinya dan mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Namun tidak lama kemudiannya, dia secara tiba-tiba menanggalkan tudung serta baju kurung dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata sebelum sambil mendapat tepukan dan sorakan di kalangan penonton di kelab itu.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.