fbpx
Now Reading
Kecoh Harga Kasut MB Johor Cecah Ribuan Ringgit, TMJ Cadangkan Pakai Selipar Saja
TMJ cadang pakai selipar saja

Kecoh Harga Kasut MB Johor Cecah Ribuan Ringgit, TMJ Cadangkan Pakai Selipar Saja

Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibrahim menasihatkan Menteri Besar Johor untuk mengabaikan isu berkenaan harga kasut yang dikurniakan kepadanya dan fokus dalam melaksanakan tugasnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pelik apabila ada segelintir pihak yang membangkitkan isu berkenaan kasut kulit yang dipakai oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dikatakan mahal.

Tunku Ismail melalui ciapan di Twitternya kemudian menasihatkan Menteri Besar negeri itu untuk mengabaikan isu berkenaan dan fokus dalam menjalankan tugas untuk negeri Johor.

Cadang pakai selipar saja, beri nasihat untuk abaikan kata orang yang penting buat kerja

“Benda macam ini pun jadi isu? Dato’ (Datuk) saya cadangkan lepas ini Dato’ pakai selipar saja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato’ dan beberapa pegawai kerajaan.

“Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap.

“Yang penting buat kerja,” tulis baginda di dalam Twitter merujuk kepada satu ciapan oleh MB Johor itu.

Kasut adalah kurniaan dari Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar

Menerusi ciapan tersebut, Datuk Onn menjawab dakwaan yang dilaporkan oleh beberapa akhbar berhubung harga kasut yang dipakai mencecah RM40,000.

Jelas beliau, kasut tersebut merupakan kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Kurniaan itu sebagai motivasi untuk kerja lebih keras untuk rakyat

Malah beliau turut memaklumkan Tuanku turut memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas serta pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkaru baru malah Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi agar sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” ciap Onn Hafiz dalam Twitter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.