fbpx
Now Reading
Lelaki Berjaya Rompak Bank Selepas Menyamar Jadi Pegawai Keselamatan
Lelaki Menyamar Jadi Pengawai Keselamatan, Berjaya rompak bank bawa wang tunai RM 786 Ribu

Lelaki Berjaya Rompak Bank Selepas Menyamar Jadi Pegawai Keselamatan

Perompak yang menyamar sebagai pegawai keselamatan dari G4S itu turut menunjukkan kad pengenalan palsunya bagi menyakinkan kakitangan bank sebelum berjaya membawa keluar ribuan wang tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki berjaya membawa lari £150,000 (RM 786,737.31) dari bank Santander di Brixton, United Kingdom pada 5 Julai lalu apabila cubaannya merompak bank dengan menyamar sebagai seorang pegawai keselamatan menjadi.

Memetik laporan Ladbible, lelaki tersebut telah menyamar menjadi pengawal keselamatan G4S lengkap dengan pakaian seragam seperti topi keledar, visor, selain menunjukkan kad pengenalan palsunya sebelum masuk ke dalam bank.

Bawa enam kotak wang tunai yang bernilai RM131,122.88 setiap satu kotak

Dia kemudian keluar dengan membawa enam kotak wang tunai yang mengandungi £25,000 (RM131,122.88) setiap satunya. Perkara itu kemudian disedari oleh kakitangan bank apabila lelaki tersebut tidak datang untuk menandatangani bukti pemindahan wang.

Kakitangan bank kemudian telah bertindak untuk menghubungi pihak G4S untuk bertanyakan tentang pengambilan wang tersebut.

Tiada pemindahan wang dijadualkan pada hari berkenaan

Namun, apa yang memeranjatkan apabila mereka diberitahu bahawa tiada pemindahan wang dijadualkan pada hari tersebut.

Menurut The Sun, rompakan ini dipanggil sebagai ‘A Noah’s Ark Job’ kerana kotak wang tersebut telah dikeluarkan dua-dua.

Ini kerana mengikut ketetapan yang diberikan setiap kotak wang hendaklah dikendalikan secara individu.

Foto: Doug Seeburg Via The Sun

Pelik bagaimana boleh masuk dan yakinkan kakitangan bank

Malah mereka turut melaporkan bahawa perompak tersebut tidak memakai pakaian seragam G4S yang tepat dan menimbulkan persoalan bagaimana dia boleh masuk serta meyakinkan kakitangan untuk menyerahkan wang tunai berjumlah £150,000 (RM 786,737.31) itu.

Setiap kotak wang mempunyai kod warna yang tersendiri yang akan membasahi wang tersebut. Namun, sekiranya perompak itu mendapat bantuan daripada orang dalam, dia mungkin berjaya mengeluarkan wang tersebut tanpa berlaku sebarang kerosakan.

Pihak polis turut mengesahkan setakat ini belum ada sebarang tangkapan yang dibuat kerana pasukan penyiasat masih lagi meneliti kes rompakan ini.

Bank Santander juga turut memberi kerjasama untuk membantu pihak polis dalam siasatan berkenaan rompakan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.