fbpx
Now Reading
Miliki Banyak Padang Golf, Kuala Lumpur Tersenarai Sebagai Bandar No 1 Paling Membazir Tanah [Video]

Miliki Banyak Padang Golf, Kuala Lumpur Tersenarai Sebagai Bandar No 1 Paling Membazir Tanah [Video]

Menerusi video berdurasi 15 minit itu, laman tersebut turut menyenaraikan beberapa sirkit golf yang terdapat di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur Golf & Country Club, Glenmarie, Saujana, Seri Selangor, dan Royal Selangor Golf Club.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/adenpauz1/status/1546384264845209601

Tidak dinafikan, hidup di kota besar boleh menjadi sesuatu rutin yang memenatkan.

Bukan sahaja dikelilingi hutan batu, bahkan keadaan sesak dan pencemaran udara yang tinggi membuatkan ramai mendambakan percutian hujung minggu di kawasan mesra alam demi mendapatkan ketenangan selain merehatkan minda.

Namun buat penggemar sukan golf dan lanskap hijau di Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi jauh kerana bandar raya ini begitu terkenal dengan kewujudan pelbagai sirkit dan padang golf yang menarik.

Malah boleh dikatakan terdapat lebih dari lima sirkit golf yang boleh dipilih di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Dianggap satu pembaziran oleh laman YouTube

Lambakan ini bagaimanapun menyebabkan sebuah akaun YouTube, CityNerd menamakan Kuala Lumpur sebagai bandar No 1 paling membazir di dunia dari segi pengurusan dan pembangunan tanah meninggalkan di hadapan Delhi, India (tempat kedua) dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (ke-3).

Menurut laman tersebut, ia dianggap satu pembaziran kerana padang golf ini hanya menjadi tumpuan golongan pertengahan serta atasan dan bukan untuk rakyat marhaen.

Menerusi video berdurasi 15 minit itu, laman tersebut turut menyenaraikan beberapa sirkit golf yang terdapat di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur Golf & Country Club, Glenmarie, Saujana, Seri Selangor, dan Royal Selangor Golf Club.

Dia dalam masa sama turut menekankan lokasi Glenmarie Golf Club & Club yang dibina tidak jauh dari Saujana Golf & Country Club yang terletak di dalam daerah yang sama.

Patut bina kawasan perumahan atau taman awam

Menurut laman itu lagi, penggunaan tanah untuk membangunkan padang golf di kawasan-kawasan bandar itu sepatutnya boleh dimanfaatkan dengan mewujudkan fasiliti lain seperti kawasan perumahan, kawasan perdangan atau taman awam.

“Saya boleh terus senaraikan padang golf yang ada di Kuala Lumpur, terdapat banyak perkara yang tidak masuk akal, tetapi saya tidak akan senaraikan semuanya kepada anda.”

YouTube CityNerd

Menerusi pemerhatian kami di laman Twitter, ada yang bersetuju dengan apa yang disuarakan akaun berkenaan namun ada segelintir yang kurang bersetuju dan menyifatkan bandar raya seperti Kuala Lumpur sememangnya memerlukan kawasan hijau yang luas berbanding bangunan kediaman dan pusat beli belah yang sudah banyak dibangunkan.

Mereka bagaimanapun bersetuju jika lebih banyak taman awam yang dibina di kawasan ibu kota itu.

Foto : Pexels/ Trip Advisor

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.