fbpx
Now Reading
Batalkan Pembelian Bernilai AS$44 Bilion, Twitter Akhirnya Saman Elon Musk

Batalkan Pembelian Bernilai AS$44 Bilion, Twitter Akhirnya Saman Elon Musk

Twitter bertindak menyaman Musk dan meminta Mahkamah Delaware di Amerika Syarikat agar mengeluarkan perintah supaya dia melengkapkan perjanjian pembelian yang telah dipersetujui sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Jumaat (9 Julai) lalu, dunia teknologi dikejutkan dengan keputusan manusia paling kaya di dunia, Elon Musk yang mahu membatalkan perjanjian AS$44 bilion (RM195 bilion) bagi pembelian syarikat gergasi media sosial, Twitter Inc.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc. itu dalam satu kenyataan berkata, dia bertindak demikian selepas Twitter gagal mengemukakan maklumat mengenai akaun palsu di pentas dalam taliannya.

Menurut peguam Musk pula, Twitter seolah-olah enggan melayan permintaan jutawan tersebut berhubung maklumat akaun palsu atau isu spam yang terdapat di dalam aplikasi berkenaan.

Twitter minta mahkamah arahkan Musk teruskan pembelian

Terbaharu, Twitter bertindak menyaman Musk dan meminta Mahkamah Delaware di Amerika Syarikat agar mengeluarkan perintah supaya dia melengkapkan perjanjian pembelian yang telah dipersetujui sebelum ini.

Menerusi laporan Edge Market, tuntutan tersebut dijangka menjadi tuntutan mahkamah terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah Wall Street.

“Musk seolah yakin bahawa dia – tidak seperti mana-mana pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware di mana dia bebas untuk mengubah fikirannya, memusnahkan syarikat, mengganggu operasinya, memusnahkan nilai pemegang saham dan pergi,” kata Twitter dalam tuntutan mahkamah itu.

Menerusi satu lagi fail berasingan, syarikat media sosial itu turut meminta mahkamah untuk menjadualkan perbicaraan empat hari pada pertengahan September ini.

Sebagai info, saham Twitter naik kepada AS$51.70 (RM229) seunit pada April lalu bila Musk mengumumkan hasratnya mahu membeli syarikat itu.

Ia bagaimanapun mula merosot kepada AS$35.76 (RM158) seunit sebulan selepas itu apabila komitmen Musk mula dipertikaikan dan semalam, saham Twitter jatuh lagi kepada AS$37 (RM164) seunit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.