fbpx
Now Reading
Ramai Jadi Mangsa Penipuan, LHDN Kongsi Enam Taktik Licik ‘Scammer’ Untuk Perdayakan Orang Ramai
LHDN kongsi enam cara 'scammer' perdaya mangsa

Ramai Jadi Mangsa Penipuan, LHDN Kongsi Enam Taktik Licik ‘Scammer’ Untuk Perdayakan Orang Ramai

‘Scammer’ ini bukan hanya memberi mesej malah mereka turut menyamar menjadi pegawai agensi untuk meminta mangsa memuat turun aplikasi yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari, pasti ada saja kisah individu yang terjerat dengan penipuan ‘scammer’, malah mereka juga sangat licik dalam mengatur strategi untuk memperdayakan mangsa.

Terbaharu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mendedahkan sebanyak enam modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket ‘scammer’ untuk memperdayakan mangsa sehingga menyebabkan mereka kerugian sehingga ribuan Ringgit.

#1 Hantar mesej dan dakwa mangsa ada tunggakan cukai

Menurut LHDN, antara cara yang selalu digunakan pihak tersebut adalah mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai daripada kes lama.

“Mangsa menerima mesej menerusi panggilan telefon, surat atau email dengan dikhendaki segera menjelaskan cukai itu kepada akaun bank pihak ketiga yang dijadikan keldai akaun.”

#2 Menyamar jadi pegawai agensi dan arah muat turun aplikasi palsu

Mangsa juga dihubungi individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu dan kemudiannya mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi palsu kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Taktik tersebut membolehkan ‘scammer’ untuk mengakses masuk akaun bank milik mangsa secara atas talian apabila mengetahui maklumat peribadi yang penting khususnya nama pengguna serta kata laluan perbankan.

Foto: Freepik

#3 Dakwa mangsa terlibat kegiatan jenayah seperti pelarian cukai, penggubahan wang haram

Modus operandi lain pula mendakwa mangsa sebagai pelarian cukai, kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram serta mengugut dan mengancam akan dituduh di bawah akta tertentu.

#4 Menyamar jadi pegawai LHDN hendak kutip cukai atau audit

Taktik keempat pula ialah scammer mendakwa mereka merupakan pegawai LHDN dan mahu memungut cukai atau melakukan audit dengan meminta mangsa memberikan dokumen kerana tersalah lapor.

#5 Konon terlibat perdangangan syarikat pelaburan

Seterusnya, cara lain yang digunapakai adalah dengan memberi surat kepada mangsa dengan memberitahu bahawa individu itu terbabit dengan perdagangan saham syarikat pelaburan.

#6 Teknik ‘spoofing’ : menyamar dalam talian telefon rasmi

Mereka turut menggunakan teknik ‘spoofing’ iaitu penyamaran dalam talian telefon rasmi agensi tersebut untuk memperdayakan mangsa agar memberikan maklumat sulit perbankan.

Kredit foto: Freepik

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.