fbpx
Now Reading
Wanita Hina Islam & Kekasih Mohon Dana Awam Untuk Bayar Ikat Jamin RM40,000

Wanita Hina Islam & Kekasih Mohon Dana Awam Untuk Bayar Ikat Jamin RM40,000

Peguam yang mewakili Nurmamira, R Sivaraj berkata, mereka setakat ini hanya berjaya mengumpul RM3,000 hasil sumbangan beberapa pihak iaitu peguam, NGO dan orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita muslim dan kekasihnya yang sebelum ini ditahan berhubung kontroversi persembahan komedi di sebuah kelab di Kuala Lumpur pada bulan lalu memohon dana awam demi membayar wang ikat jamin sebanyak RM40,000.

Menurut laporan Malaysiakini, pasangan berkenaan iaitu Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Amy dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran, 38, terpaksa menggunakan cara tersebut memandangkan mereka berdepan kekangan kewangan untuk melangsaikan jumlah ikat jamin yang agak tinggi.

Hanya berjaya kumpul RM3k setakat ini

Peguam yang mewakili Nurmamira, R Sivaraj berkata, mereka setakat ini hanya berjaya mengumpul RM3,000 hasil sumbangan beberapa pihak iaitu peguam, NGO dan orang awam.

“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.

“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin,” katanya.

Tambahnya lagi  mereka juga sedang berusaha untuk mencari platform yang sesuai agar urusan pemulanagan wang kepada penderma dapat dimudahkan sebaik kes selesai.

Selain itu mereka juga berdepan beberapa lagi masalah memandangkan masing-masing ditempatkan di tempat yang berbeza di mana Amira diletakkan di Penjara Satelit Kubu Bharu sebelum dihantar ke Kajang manakala Alex di Beranang sebelum ditempatkan di Penjara Sungai Buloh.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.