Dipercayai Buat Konten Tahan Lori, Remaja Ini Akhirnya Digilis [Video]

Trend menghasilkan konten dengan menahan kenderaan berat seperti lori dan treler semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat muda hari ini terutamanya di Indonesia.

Tidak hanya membahayakan nyawa sendiri, malah trend ini turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain apabila terpaksa berhenti atau mengelak secara mengejut.

Semalam (17 Julai), tular di media sosial rakaman aksi berbahaya yang dilakukan seorang remaja dari negara jiran itu yang akhirnya mengundang padah apabila lori yang cuba ditahannya gagal berhenti.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter oleh seorang pengguna, kelihatan remaja lelaki berkenaan secara tiba-tiba berada di tengah jalan dan cuba memberhentikan lori tersebut.

Lori yang ditahan gagal berhenti

Namun malang menimpa dirinya apabila lori berkenaan gagal berhenti secara mengejut mengakibatkan dia terseret ke hadapan sebelum terbaring digilis.

Kelihatan melalui rakaman, remaja berkenaan terbaring di bawah tayar lori sebelum orang ramai mula menghampirinya.

Menurut seorang pengguna Twitter @oriaboner atau dipanggil Hiya, kejadian dikatakan berlaku di Purwakarta, Jawa Barat dan remaja berkenaan merupakan seorang pelajar sekolah.

Tahan lori demi konten TikTok

Hiya turut mendakwa remaja berkenaan memang sering melakukan aksi sedemikian kerana ingin memuat naik di akaun TikTok miliknya.

Didakwa sudah meninggal dunia

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter mendakwa remaja berkenaan telahpun meninggal dunia.

Trend tahan lori jadi ikutan

Bagaimanapun, ini bukanlah kes pertama yang berlaku di negara itu, malah kejadian seperti ini yang berakhir dengan meragut nyawa pernah terjadi sekitar bulan Jun yang lalu.

Terdahulu, aksi nekad sekumpulan remaja menghentikan lori di Jalan Otista, Karawaci, Kota Tangerang berakhir dengan tragedi maut selepas salah seorang daripada mereka dilanggar lori berkenaan.

Kredit gambar: Twitter Mas Adem

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago