fbpx
Now Reading
Mahu Galakkan Transaksi Tanpa Tunai, Touch ‘n Go Lancar Kempen Mai Kita Cashless

Mahu Galakkan Transaksi Tanpa Tunai, Touch ‘n Go Lancar Kempen Mai Kita Cashless

Bersempena dengan kempen ini, sebarang pembayaran yang dilakukan menggunakan imbasan DuitNow QR pada TnG eWallet di premis terlibat di kawasan tersebut akan menerima rebat (pulangan tunai) RM5.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kumpulan Touch ‘n Go (“TNG”) menerusi Touch ‘n Go eWallet dengan kerjasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”) baru-baru ini telah melancarkan kempen ‘Mai Kita Cashless’ di Pasar Tani Kekal Changlun, Kedah.

Kempemnyang bertujuan untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan para peniaga dan pelanggan di luar bandar akan memberi tumpuan kepada penduduk di tiga perkampungan di kawasan tersebut iaitu Kampung Baru Changloon, Kampung Paya Nongmi dan Kampung Tradisi Lembah Keriang.

Yang menariknya, bersempena dengan pelancaran ‘Mai Kita Cashless’ ini, sebarang pembayaran yang dilakukan menggunakan imbasan DuitNow QR di TnG eWallet dari sekarang hingga 31 Ogos 2022 akan menerima rebat (pulangan tunai) RM5 ke atas setiap transaksi, dengan jumlah minimum resit RM10.

Buat para peniaga pula, mereka yang mendaftarkan diri sebelum 31 Ogos 2022 akan menerima ganjaran RM20 sekiranya berjaya melengkapkan 10 transaksi Duitnow QR.

Changlun jadi lokasi pertama di Wilayah Utara

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd Alan Ni, kempen ini akan bermula di Wilayah Utara dengan pekan Changlun menjadi lokasi pertama.

Jelas beliau, ia bukan sekadar menggalakkan dan menyokong usaha berterusan kerajaan dalam mempromosikan pembayaran tanpa tunai, kempen ini juga bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang transaksi tanpa tunai sebagai cara pembayaran.

“Kerjasama dengan PayNet ini membolehkan kami memperluaskan platform yang lancar, pantas, mudah dan selamat dengan DuitNow QR untuk peniaga dan pengguna di Changlun, Kedah. Kami percaya perkongsian ini akan membantu mengukuhkan semua peniaga, serta pengguna dalam meningkatkan ekonomi di kawasan ini.”

CEO TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, layari laman TNG di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.