fbpx
Now Reading
Wanita Alami Kebas Satu Badan Selepas Kutip Duit Kertas Atas Lantai Tandas

Wanita Alami Kebas Satu Badan Selepas Kutip Duit Kertas Atas Lantai Tandas

Suami wanita berkenaan turut berasa kebas apabila wanita itu memegangnya menggunakan tangan yang sama yang digunakan untuk mengambil duit kertas tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba berasa kebas di seluruh badan sehingga sukar untuk bernafas dan bergerak selepas mengutip sekeping duit kertas yang dijumpainya di dalam tandas sebuah restoran makanan segera pada Ahad lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik India Times, wanita yang dikenali sebagai Renee Parsons itu memberitahu badannya menjadi kebas sehingga perlu menerima rawatan di hospital.

Ujar Renee, dia berasa kebas seluruh anggota badan sehingga dia tidak mampu bercakap serta rasa sesak nafas.

“Ketika kejadian, saya dan keluarga singgah di restoran tersebut untuk pergi ke tandas sebelum meneruskan perjalanan kami. Selepas masuk ke tandas, saya ternampak sekeping duit kertas di atas lantai dan tanpa memikirkan apa-apa, saya terus mengutip duit itu dan beredar ke kereta.”

Renee Parsons

Sejurus tiba di kereta, Renee mula alami rasa kebas seperti lumpuh mengakibatkan suaminya segera membawanya ke hospital.

Suaminya turut berasa kebas

Suaminya turut merasakan gejala yang sama apabila disentuh oleh Renee namun rasa kebas yang dialaminya itu tidak lama dan reda dengan cepat.

Foto: FB Renee Parsons

Wang kertas mungkin dicemari dadah

Berikutan insiden itu, suaminya membuat laporan polis dan berdasarkan siasatan awal, wang kertas itu berkemungkinan telah dicemari dengan dadah sintetik jenis fentanyl.

Dadah tersebut kerap digunakan sebagai ubat tahan sakit selepas pembedahan di hospital, selain dijadikan ubat tahan sakit untuk pesakit kanser.

Renee turut memuat naik hantaran di laman Facebook (FB) miliknya dengan menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengutip duit yang berada di atas lantai.

Kredit gambar: FB Renee Parsons

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.